Dicedok dari gugel |
Selamat pagi ya!^_^
Duduk-duduk bersarapan sekarang ni, saya tiba-tiba terfikir apakah kata dasar bagi MENGAWAN? Tapi, tahukah anda apakah maksud mengawan? Sekejap ya, saya rujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga ni dulu. Haha!
Mengawan ada dua maksud. Tapi kalau kita fikir-fikir, mengawan hanya satu maksud je kan? Iaitu perkahwinan antara binatang jantan dan binatang betina. Tahu tak apakah maksudnya yang lain? Maksud yang satu lagi ialah "menjadi atau tampak seperti awan/ menyerupai awan."
Contoh ayat : Burung bangau yang terbang itu putih mengawan di udara.
Menarik kan? Sekarang ni, fikir lagi apakah kata dasar bagi mengawan (perkahwinan binatang tu...)? Cuba teka..
Jawapannya ialah "kawan"! Hihi.. Siapa dapat jawab betul, dia dah boleh melahirkan anak ramai-ramai yang bijak pandai dan berjasa kepada orang tua dan juga negara!>_<
Hari ini saya belajar satu lagi perkara ~
._.
Tweet
info yang baik :)
ReplyDeleteTerima kasih..=)
Deletekmk tauk mengawan ya... binatang carik laki or bini baru... hahahaha
ReplyDeletepat jawapan kawan ya kmk tetak... bolehlah beranak byk mun tekak betul...
hehehehe...amboi...
Deletemun sbt jak pasal mengawan, semua org tauk...=p
Thanks for sharing! Baru terfikir, padahal sebelum nie takde pon.
ReplyDeletehaha..u're welcome..XD
Delete