Mengantuk ke? Saya pun mengantuk juga ni. Selepas menaip entri ni, saya nak tidur sampai pukul 4 petang nanti. Jangan cemburu ye... Kalau saya dah kerja tahun depan, entah ada ke tidak peluang untuk tidur petang. Haha!
Senyum.. Saya suka senyum tau.. Tak kiralah orang itu dikenali atau tidak, saya suka melemparkan senyuman. Entahlah, dah terlalu biasa melemparkan senyuman ni. Kecuali dengan kaum lelaki la, minta maaf ye.. Saya bukan nak kedekut senyuman pada kaum ni, tapi malu. Nanti apa pula kata orang.. (Saya ni sensitif sikit dengan kata-kata orang. Huhu..)
Di kawasan IPG ni kan, kalau terjumpa (entah apa perkataan yang lebih sesuai. Haha!) kaum lelaki yang saya tak kenal, saya hanya menundukkan kepala. Kalau dengan yang saya kenal je saya akan melemparkan senyuman. Itu pun ikut keadaan juga.
Saya suka senyum sesama kaum perempuan. Tak kiralah saya kenal ataupun tidak. Pada yang saya kenal, kadang-kadang saya tegur. Kalau yang dah rapat dengan saya, bertepuk-tampar pun ada juga. Kalau yang tak rapat sangat, saya sekadar melemparkan senyuman ataupun dengan teguran "Hai!".
Tapi kan, apa yang membuat saya rasa segan ialah apabila senyuman saya itu dibalas dengan pandangan ke arah lain, muka masam, muka pelik kerana saya tiba-tiba senyum ke arah dia ataupun buat-buat tak nampak. Saya berfikiran positif, mungkin dia tak perasan saya berada di hadapan dia, ataupun mungkin dia ada masalah ataupun mungkin senyuman dia mahal. Hehe..
Apapun, senyuman awak cantik. Senyuman kita semua cantik. Senyumlah ya.. Orang kata, senyum itu satu sedekah. Lebih-lebih lagi kita yang bakal guru ni, jangan kedekut dengan senyuman. Kesianlah murid-murid yang mendapat guru yang bermuka masam sepanjang hari. Stress nanti. Hehe..
Teringat kerja kursus Pendidikan Moral semasa Tingkatan 5 dulu, dengan lagunya begini,
"Senyumlah, senyumlah, wahai cik mek molek.."
#NewCrabtree is opening at Pavilion and they’re giving out free Hand Therapy samples from now until 9/9. I want!
#NewCrabtree is opening at Pavilion and they’re giving out free Hand Therapy samples from now until 9/9. I want!
Sekian, terima kasih.
._.
Tweet
Aku pun suka senyum, cuma gigiku tak cantik, sebab tu selalu masamkan muka xD
ReplyDeletetak payah tunjuk gigilah..
Deletesenyum biasa2 je..
hehe..
tapi ada orang kan, giginya tak cantik..
tapi giginya juga sebagai pemanis dalam senyumannya..=)
senyum..tak perlu kata apa2...senyum..tak perlu kata apa2...hehehe
ReplyDeletehehe..betul tu..=p
Delete