Followers

Thursday, September 6, 2012

Terima Kasih Cikgu Samsor..=)


Sila rujuk SINI.

Kisah Cikgu Mansor ni mengingatkan saya kepada kisah saya semasa masih comel dulu. Masa kecil-kecil la, masih sekolah rendah lagi..

Sekolah kami selalu mengalami banjir sebab ianya dibina tak jauh dari sungai di samping tanah yang rendah. Perkara utama yang cikgu lakukan ialah mereka selamatkan kami dulu. Malah, mereka sanggup bagi kami bermalam di kuarters mereka kerana jalan utama dah banjir. Walaupun bersesak-sesak dalam rumah tu, tapi mereka tak kisah pun. Masih ingat lagi, kereta mereka turut tenggelam masa tu. Nasib baiklah tak teruk sangat.

Begitulah kehidupan saya semasa di asrama sekolah rendah dulu. Nasib baiklah kuarters guru tinggi-tinggi. Sesiapa yang pernah tinggal di kuarters guru (rasanya semua kuarters kerajaan macam tu kot..) yang tradisional tu, tahulah kan? 

Itulah pengalaman yang dialami dulu. Saya tinggal di asrama dengan kawan-kawan, lepas tu banjir pula. Kami terpaksa menumpang bermalam di rumah guru walaupun bersesak-sesak. Antara rumah guru yang ditumpangi itu ialah rumah mak saya! Haha!! Dia tak kisah pun.. Yang penting kebajikan murid-muridnya terpelihara..=)

Terima kasih cikgu..^__^


._.

6 comments:

  1. jasa cikgu mmg x boleh kita lupakan sampai bila2 kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...
      teringin nak jumpa bekas cikgu saya dulu..
      terutamanya guru sekolah rendah.
      huhu..

      Delete
  2. wahhhh, saya pun rasa syahdu bila terbaca kisah cikgu2 yang sanggup berkorban utk anak2 didik.. pemangkin semangat saya utk lebih berusaha menjadi seorang pendidik yang lebih baik

    ReplyDelete
  3. Mulianya hati seorang cikgu tu kan ^^
    dah la mulia menurunkan ilmu tu satu..
    Xpe keretanya terkorban satu Allah janjikan pahala yg lebih besar ganjarannya dari kereta tu kan? ;D

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^