Followers

Monday, October 15, 2012

Dia Tak Beratur Pula...

Selamat tengah hari.. Sudah makan? Makan ye, jangan tak makan.. Kalau nak diet, lebih baik pilih makanan yang berkhasiat daripada kita berlapar..=)






Saya ada satu kisah yang nak diceritakan kepada semua, untuk dijadikan sebagai pedoman dan sempadan. Jangan diamalkan! Orang kata, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Hehe..

Kisahnya begini.. Saya keluar tapau makanan tadi di kawasan Desa Ilmu, Samarahan. Selepas mengambil lauk yang saya inginkan dan ditentukan harganya (RM4.70), saya ke kaunter pembayaran.

Di kaunter pembayaran, kita kena bagi resit makanan tadi tu. Saya lihat ada satu barisan (kira-kira ada 6 orang berbaris). Selain itu, ada juga 3 orang yang tak segan-silu 'menghadap' kaunter bayaran. Tak beratur la tu.. 

Dan saya lihat baju mereka - Alamak, sama IPG laa...

Untuk pengetahuan, di kawasan ini ada 3 buah institusi - UNIMAS, UiTM dan IPG KTAR.. Orang yang tak beratur itu berbaju IPG KTAR... Saya beratur di belakang seorang kakak.. Dia memandang saya dan tersenyum. Sebenarnya malu juga la, orang sama IPG tak beratur.. Bakal guru pula tu. Adoi..

Selepas tu, saya teliti lagi baju yang dipakainya. Kelas TUUUUttt.... Patut la... Hehehehe... Sampai bila nak biarkan orang memandang rendah terhadap kita.. Huhu..

Kesimpulannya, beratur ya.. Tak kiralah semasa nak membayar ke, mengambil barang ke.. Tapi budaya sebegini sudah semakin jarang diamalkan. Orang kini mengamalkan - siapa cepat dia dapat. Kalau tak dapat nak mengadaptasikan diri dalam situasi masa kini, kita ketinggalan. Adui..

Sekian..=)

._.

10 comments:

  1. tq gd sharing ini.. ingatan yg bagus tuk semua

    ReplyDelete
  2. terit jak bakal cikgu ow. tp sik pandey nk jd tatasusila. kelak bukan main gik kelak mdh dgn nembiak soh beratur bla bla bla...tp dikpun sik buat. ya baruk cakap sik serupa bikin...hehe

    ReplyDelete
  3. aduhhhh kita yg beratur jadi stress kan ..
    nak2 yg berpelajaran nie ..
    maluuu aje huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la...
      patut la orang selalu kata,
      semakin dia berpelajaran tinggi,
      semakin rendah budi pekerti...
      tak ikut resmi padi..
      huhu..

      Delete
  4. pernah gak bertembung dgn org2 mcm tuh...PM tak peduli, PM akan tegur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tegur, tak nak mereka malu pula..
      mereka lebih tua, mereka sepatutnya tau...=p

      Delete
  5. Hi teacher!

    Seen a lot of this before in my varsity days. My university have many foreigners.

    But to see furute teachers/educators doing that is quite disturbing.

    Like malay proverb said.

    'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      memang memalukan...
      encik azlan belajar di universiti mana dulu?

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^