Selamat petang... Bagi yang masih lepak-lepak di luar tu, sila masuk ke rumah ya... Nanti hantu ketuk dahi. Bak kata mak saya la.. Hehehe...
Nampak tak gambar yang diambil menggunakan telefon berkamera 2 megapixel je ni? Sebenarnya, saya terlibat dengan sukaneka sempena Minggu Kajian Sosial 2012. Aktiviti di atas tu, futsal berkain pelikat.
Saya turut serta dalam dua acara iaitu sukaneka dan gelung muzik. Sukaneka secara berkumpulan, kami dapat nombor 1! Gelung muzik, setakat nombor 4 saja... Kalah 'osom' dengan peserta lelaki, entah siapakah itu. Haha!!
Tamat saja sukaneka, kami pergi la menyaksikan futsal berkain pelikat ni. Tapi sekejap sahaja memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Tak tahulah kain siapa yang terlucut. Haha... Ada seluar okey...=p
"Sila jaga tepi kain sendiri..."
Peribahasa yang sesuai untuk permainan futsal berkain pelikat tu.. Hohoho...
Jom makan!!!
._.
Tweet
Hahaha berpelekat main futsal tu xD
ReplyDeleteok lah juga menutup aurat.. haha
hehehehe...betul tu...
Deletegaya mereka macam pak cik je, tp sebenarnya msh muda lg...=p
konfem tegugok mun berekot k kain pelikat nak oo :)
ReplyDeletehehe...xtauk la sapa mpun kain tegugok, kmk x nanga hbs..=D
Delete