Followers

Wednesday, October 24, 2012

KISSM

Selamat pagi..=)

Hari ini saya dah mula lapang jika dibandingkan dengan semalam dan hari-hari sebelumnya. Hari-hari sebelum ni, memang saya sangat sibuk. Sampai tak sempat nak makan pun. Makan tengah hari dan makan  malamnya hanyalah dengan biskut dan minum susu. Tapi takpa, asalkan kenyang.. Hehe..

Bermula hari Ahad hingga semalam ( 21-23 Oktober 2012), kami dikehendaki menghadiri Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Sebenarnya, kursus ini memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai peraturan-peraturan am, dasar-dasar kerajaan, program pembangunan negara, nilai dan etika sebagai penjawat awam dan sebagainya. 

Sebagai bakal guru, saya memang perlu tahu mengenai perintah-perintah am ni. Sebelum ni kan, ada juga la peraturan/ pekeliling yang saya tak tahu. Selepas menghadiri KISSM ni, saya dah dapat pengetahuan berguna. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan kursus seperti ini..=)

Ujian Akhir Kursusnya, semalam. Dan saya yakin saya boleh lulus! Hihi.. Apa yang telah dipelajari tu, memang keluar dan saya dapat menjawab soalan objektif dan esei dengan tenang. LULUS! Kursus ini perlu lulus untuk disahkan dalam jawatan. Jadi, saya yakin saya LULUS UAK itu. Haha..=p

Pada sebelah malamnya, kesibukan belum habis. Tapi kali ini kesibukan yang bukan mendebarkan lagi, malah menggembirakan kerana dapat makan! Hehehe.. Majlis Makan Malam Jabatan Kajian Sosial 2012. Tapi disebabkan saya malas nak ambil gambar, hanya ini jelah hasil 'perkumuhan' kamera saya. Wakakakaka...^^

Duduk sebelah Kak Chah! Masa ni dah nak balik dah.. Dalam bas.. Kenyang perut suka hati...^_^

._.

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...

    a'aa tuh penting tuh kursus tuh..ade objective ke?wahh untungnya...sofia pnye semua esei je huhu :(

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  2. Oh BTW answering your question from previous comment.

    I'm from kuantan. I live in town area and my area DO have foxes. Many of them. It's like santuary here because of many wild boars, monitor lizards, foxes and jungle fowl.

    Originally my place was traditional village but now develop into housing and commercial area.

    Don't be suprised if i tell you there's many wild animal lived in very develop cities.

    When i was living in gombak KL i was kambing gurun in the road side grazing. And sometime monkeys or wild boar pop-up in ong tai kim and kampung lee rubber area. Or crocodiles basking in the klang river are common sight.

    ReplyDelete
  3. memang seronok kalau ke kursus ramai2 nie ..

    selamat bercuti dan selamat hari raya yee ;)

    ReplyDelete
  4. neway selamat hari raya aidiladha ye

    ReplyDelete
  5. owh penjawat awam ea...merasa lah ye dapat bonus thn nie, tahiah Liya, kena lbh berintergriti... tu pasal gov anta kursus induksi...lulus mcm dah pasti, suka dgn confiden kamu :).

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^