Followers

Tuesday, October 9, 2012

Melawat Kabong, Sarawak


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan kawan-kawan yang sedang berbahagia ni..^_^

Hujung minggu yang lepas (hari Sabtu dan Ahad), saya mengikut mak cik saya dan kawannya melancong ke Kabong. Ada pesta katanya.. Kami memandu ke sana, perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam. 

Walaupun tengah kesuntukan wang masa tu, saya pergi juga sebab mak cik kata akan belanja makan dan lain-lain. Hehe.. Kalau saya dah kerja nanti saya akan balas budi mak cik! Terima kasih mak cik!! Jom tengok kenangan kami di sana..=)

Saya tak tahulah apa ni, tempat simpan burung kot..

Kraftangan..=)

Mak cik saya di tengah, paling kanan tu Kak Na. Yang berbaju putih tu, Kak Lin. Kami bermalam di rumah dia..=)

YB. Sebenarnya saya tak tahu mana satu YB. Haha!!
Balik sebab cuaca panas. Nampak tak benda seperti buluh tu? Pintu gerbangnya. Hehe..

Tak puas berjalan, kami ke pantai. Pantai Tanjung Kembang!=)

Errr... Hahahaha!
Cantik tak!!>_<

Sang Siput!>_<

Cikgu berdua ni asyik bergambar, saya 'snap' gambar mereka!=p
Malamnya, kami makan makanan laut. Seekor kucing, coraknya seperti si Topo kesayangan saya tu.. Dia panjat paha saya. Comel kan?? Saya sempat bagi isi ikan kat dia.

Selepas makan, pergi semula ke Kabong. Penyanyi dari Semenanjung wai.. Salah seorangnya ialah Nasser Wahab. Penyanyi perempuannya, tak ingin la saya letak gambarnya di sini. Seksi amat. Huhu..

Ikan.. Saya lupalah namanya..
Kenal durian ni tak? Kami panggil durian ni durian hantu (dien muot). Tak tahulah kenapa namanya begitu.. Hehe..

Kedai makan di Seratok. Tepi sungai tau... Cantik...

Kalau di luarnya kedai makan, dalamnya pula market basah!
Dalam market basah tu, ada benda ni. Kenal? Ulat mulong.. Makanan orang Melanau, Iban dan Bidayuh. Lama dah tak makan ulat mulong ni.. Tapi tak tahulah halal ke tidak. Huhu..

Balik Ahad, sakit kepala sebab banyak kerja menanti. Haha! Apapun, saya mendapat pengalaman yang bermakna. Manalah tau, posting di kawasan tersebut.. Boleh la belajar bahasa Kabong dan bahasa Iban. Hehehe...

Sekian, terima kasih..=p

._.

10 comments:

  1. xpuas kmk nangga gambar , letak banyak sikit hee , ingin juak kmk nk nga kabong, saratok XD ..

    psst , rasa kmk jak pegi melawat kabong padahal tengok gambar jak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanga gmbr jak dh rasa best nak?
      mun ktk melancong sia, best gk..
      pegi pantai juak..=p

      Delete
  2. Gatal kucing tu main panjat paha org plak... Ekekeke

    ReplyDelete
  3. Sedap ke ulat mulung tu... Tak penah sampai LG tempat tu... Sampai kuching jek takat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedaplah juga..
      tapi jangan makan la..=D

      Delete
  4. Hi!

    In Islam the only insect which Halal is Al-Jarad (locust).

    Other insects or what ever derived from it consider Haram.

    The issue of halal and haram must comes with dalil (evidence) from Al Qur'an and As Sunnah.

    BTW teaching seem your family business. From what you described your mom and sisters are teachers, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..
      saya baru tau...
      jadi, boleh makan belalanglah kan?=)
      dalam keluarga sebelah mak dan ayah saya,
      adalah beberapa orang yang menjadi guru..
      ada juga yang bukan guru, tapi berkahwin dengan guru..=)

      Delete
  5. WAH .. BESHNYE JEJALAN .. XAJAK PUN KN .. SKURG2NYE PELAWA LA .. KIHKIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      dedeq yg patut ajak akak ke semenanjung..=p

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^