Followers

Saturday, November 3, 2012

Hidup Dengan Peraturan

Hai! Selamat petang..=)

Saya tidur tadi, saya bermimpi. Dalam mimpi itu, seseorang memberikan nasihat kepada saya. Dia kata, hiduplah dengan mengikut peraturan. Bangun dari tidur tu, memang masih segar lagi kata-katanya dalam ingatan saya. 

Saya setuju, dan saya tahu dengan pernyataan itu. Hidup ini memang ada peraturannya. Bermula dari kita bangun tidur pada waktu pagi, sehinggalah sebelum kita tidur malam.  

Dan kerana amalan tak mengikut peraturan am itulah, kita mula melanggar pula peraturan yang telah ditetapkan untuk menjaga keharmonian di dunia ini. Contohnya peraturan sekolah, peraturan jalan raya dan sebagainya.

Percaya atau tidak? Tapi pada pendapat saya, saya percaya semua itu. Ada terfikir tak dengan peraturan kehidupan ini? Saya seringkali terfikir, walaupun sekecil mana pun perbuatan kita, mesti ada peraturannya.

Contohnya, peraturan bangun pagi. Mestilah kita akan mengemas katil, membersihkan diri dan bersarapan pagi kan? Begitu juga dengan peraturan makan. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang

Semasa tidur pun ada peraturannya - tidur mengiring ke kanan. Kalau mengiring ke kiri tu, tak baik untuk jantung. Peraturan ini saya tahu sejak sekolah rendah lagi, saya baca dari majalah kanak-kanak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (lupa apa nama majalah tu).


Kerana tak mengikut peraturan tersebut, kita mulalah melanggar peraturan yang kita sepatutnya sedar tak boleh dilanggar. Contohnya membuang sampah di jalan raya. Selepas itu kalau dah terlalu biasa melanggar peraturan kecil tu, kita mulalah tak takut untuk melanggar peraturan yang besar. 

Oleh itu, kita yang dah dewasa dan sudah sepatutnya pandai berfikiran matang ni, didiklah anak-anak kita ataupun generasi muda supaya mengikut peraturan dalam kehidupan

Dengan kata lain, patuh kepada ajaran AGAMA. Kerana peraturan itu sememangnya terdapat dalam AGAMA.=)

._. 

10 comments:

  1. hidup xda peraturang memang huru hara


    ***ya, saya jqaf 2011 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. tahniah ye dapat interview..
      cepat2lah kita sah dalam jawatan nanti.. =)

      Delete
  2. Baru je dengar kuliah pasal ni semalam ;)

    ReplyDelete
  3. Setuju...jadilah umat yang patuh kepada peraturan yang ditetapkan Allah, pasti hidup menjadi aman damai...n tenang!

    ReplyDelete
  4. Did you teach 'pendidikan moral'?

    You have talent to be an ustazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengusik ke ni?? hahaha...
      saya tak ajar moral, saya ajar kajian tempatan dan pendidikan sivik & kewarganegaraan..
      sebagai cikgu, mestilah pandai menulis kan?
      kalau nak bercakap macam ni, saya tak pandai sangat..
      penulisan memerlukan pemikiran kritis, tapi bercakap tak semestinya..
      sebab tu ada orang 'cakap lepas' saja.. =)

      Delete
  5. I'm not teasing. It's a compliment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, terima kasih ya..^__^
      saya akan belajar untuk menjadi lebih baik..
      anyway, saya dah buka blog yang dinyatakan itu tadi.
      bagus untuk dibaca..
      terima kasih en.azlan..=)

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^