Followers

Sunday, April 7, 2013

Sudah Tahu Di Mana Belaga?

Hello ~

Saya sekarang ni sedang melayari internet di SK Long Segaham, Belaga. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah pedalaman, namun saya dapat menikmati kemudahan IT di sini.

SK Long Segaham, Belaga. Sebelum ini, saya kabur-kabur dan tak pernah mengambil tahu di mana letaknya Belaga. Nah, setelah mengalaminya sendiri, saya seronok pula. Hehe.. 

Untuk menjejakkan kaki di Belaga, kita ada dua laluan sama ada melalui melalui jalan darat ataupun jalan air. Kali pertama saya ke Belaga, saya memilih jalan darat. Ditemani oleh mak dan ayah saya. :)


Nah, ini dia laluan darat yang saya pilih. Dalam gambar ni, masih okey lagi. Belum lagi naik turun bukitnya, memang menyeronokkan. Menyeronokkan bagi saya la, tapi bukan bagi orang tua saya. Hehe..

Inilah kenderaan yang kami gunakan. :) *Yang berbaju kuning itu ialah guru besar SK Punan Bah.
Perjalanan dari Bintulu ke Belaga menggunakan laluan darat mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Tambangnya? RM50 seorang. Selalunya, kereta sewa tersebut bertolak pada waktu tengah hari dari Bintulu. Pukul 1 macam tu.

Sampai Belaga, pukul 6 petang. Kami bermalam dulu di Belaga. Jangan risau, ada hotel di Belaga dan harganya pula berpatutan. Kami menyewa bilik hotel yang cukup-cukup untuk kami, RM50 untuk satu malam.

Keesokan harinya, kita harus menunggu ekspress di jeti. Ekspress dari pasar Belaga ke SK Long Segaham hanya ada sekali sahaja dalam sehari, jadi kita harus menunggu awal. Ekspress dari Sibu itu sampai ke Belaga kira-kira pada pukul 2 petang.

Ekspress yang kami naiki
Perjalanan ke SK Long Segaham mengambil masa selama 30 minit. Kali pertama ke sekolah itu, sememangnya saya rasa berdebar-debar. Mampukah saya menjalankan tugas saya sebagai seorang guru nanti?

Kini sudah seminggu saya di sekolah ini. Sememangnya saya sungguh bersyukur... Pihak atasan yang prihatin, rakan sekerja yang memahami saya sebagai 'penyapu baru' (haha!), rakan serumah yang sentiasa mengambil berat serta anak-anak didik yang comel dan suci.. >_< 
Anak murid saya - Mary dan Garry (Tahun Satu). Saya guru kelas Tahun Satu..

Laluan kedua untuk ke SK Long Segaham ialah melalui jalan air. Tapi saya belum mengalaminya lagi. Kalau saya sudah alaminya, saya akan ceritakan di sini. Semoga berjumpa lagi. :)

._.   

17 comments:

  1. Jauh di pedalaman tp masih dpt kemudahan ict. bagus lah. mendidik tu tugas paling mulia. comella adik kecik berdua kat atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, comel sangat... nak marah dgn kenakalan mereka pun tak menjadi sebab mereka terlalu comel.. :p

      Delete
  2. Wah, comelnya anak murid.. Saya lama g nk mengajar.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, tak lama lg Isabel akan mengalaminya.. :)

      Delete
  3. pengalaman menarik ni !

    ReplyDelete
  4. wahh jauhnya pegi belaga.
    cumil murid2 cikgu.
    hehehe ..

    ReplyDelete
  5. cumil anak murid cikgu
    seronok berjalan jauh nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cumil2 tau, kak.. hihi..
      seronok, seronok sangat.. ^^

      Delete
  6. singgah jgk hari ni

    ReplyDelete
  7. Ada kemudahan bank ke di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. BSN..
      pejabat pos pun ada..
      memang lengkap dengan segala kemudahan, tapi tempat agak terhad untuk shopping..:p

      Delete
  8. nak tanya, macam mana nak dpt kan kereta sewa dari bintulu ke belaga tu? dekat bintulu tunggu di mana? arrange dengan siapa. teringin pergi belaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. belaga ni besar.. kalau nak pergi ke pekan belaga, ada nombor telefon orang.. macam van sewa juga la konsepnya, tapi di sini kita naik 4wd.. ni no.ahkiat, 0138075598. :)

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^