Followers

Thursday, August 8, 2013

Salam Raya dan Kenangan Lalu

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan yang beragama Islam. :)

Liya masih ingat lagi.. Liya di IPG dulu, Liya selalu juga mengikut kawan-kawan Liya yang beragama Islam berpuasa. Walaupun tak puasa penuh sebulan tu, Liya berasa seronok. 

Seronok dapat merasa pengalaman berpuasa. Lebih-lebih lagi apabila kami ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Begitu banyak yang Liya ingin beli, tapi akhirnya Liya akan membeli ikan panggang sahaja kerana Liya memang gemarkan ikan panggang. Hehe..

Kalau bab bersahur, dengan hanya beberapa biji kurma sahaja Liya mampu bertahan. Ajaib! Melalui pembacaan dari beberapa artikel, Liya bersahur dengan hanya tujuh biji kurma. Sememangnya menakjubkan, Liya masih mampu melakukan kerja-kerja seperti biasa..

Di tempat Liya bekerja sekarang ni, pernah juga beberapa kali Liya berpuasa. Tapi tak la bersemangat sangat seperti semasa Liya di IPG. Mungkin disebabkan rakan-rakan Liya di sini semuanya bukan beragama Islam, jadi Liya kurang bermotivasi. 

Memang seronok berpuasa, lebih-lebih lagi kalau orang di sekeliling kita turut berpuasa seperti kita. Liya terfikir, begitu mencabarnya bagi umat Islam yang hidup di perantauan di mana sekelilingnya bukan beragama Islam. 

Ini sahaja pengalaman yang Liya ingin ceritakan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. :)

._.

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Maaf zahir dan batin ^_^

    ReplyDelete
  2. kenangan beraya di IPG tinggal kenangan... sekarang kena hadapi masa akan datang yang penuh dengan persoalan. inilah kehidupan. masa akan terus berlalu... tak pedulikan kita. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah , this is must be ur kenangan terindah berpuasa kan. Selamat Hari Raya to u. Hee

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^