Followers

Monday, July 14, 2014

Berdekad-dekad

Salam sejahtera, selamat pagi dan selamat hari Isnin.

Setelah sekian lama tak dapat log in dalam blog ni, akhirnya saya berjaya juga 'memecah masuk' blog sendiri. Almaklumlah sekarang ini semua nak block-block. Ini pun kebetulan saya bangun awal pagi, tiba-tiba teringat nak cuba log in blog kesayangan ini.


Apapun, saya masih di sini. Masih di bumi Segaham, Belaga. Yang berbezanya, saya sudah berpindah rumah. Jika sebelum ini saya berkongsi, sekarang saya tinggal seorang diri.

Ya, saya lebih suka tinggal seorang diri. Saya suka memelihara kucing. Jadi, sekarang ini saya ada memelihara dua ekor kucing. Tak sunyi pun! Seronok melihat gelagat kucing-kucing saya. Hihi..

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada rakan-rakan beragama Islam. Selamat berpuasa. Teringat semasa di IPG dulu, saya juga ikut berpuasa. Kalau di sini, sekali-sekala saja ikut cikgu yang beragama Islam berpuasa. Haha!

Semoga hari-hari kita lebih baik daripada semalam. :)

._.

Wednesday, February 12, 2014

Anak-anak Saya

Salam sejahtera..

Sementara ada masa terluang ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi mengenai anak-anak saya.. :)

Di sekolah tempat saya mengajar, saya merupakan guru kelas Tahun Satu. Bagi tahun 2014 ini, anak-anak saya adalah seramai 16 orang. Sembilan lelaki, tujuh perempuan. 

Mereka nakal, aktif dan kadang-kadang tak mendengar kata. Tapi, biasalah kan, budak yang mengalami transisi dari prasekolah ke darjah satu. Hehe.. 

Walaupun nakal, tetapi mereka comel sangat. Ada juga yang pendiam, tetapi saya lebih suka mereka 'menakalkan diri' dan aktif. Ada juga yang degil, saya akan membentuk yang degil itu supaya belajar untuk mendengar arahan.

Pada waktu teach-in. Masa ni saya mengajak mereka menonton 'ABC'..
 Ada yang tinggal di asrama kerana rumah panjang mereka jauh dari sekolah, malah terpaksa menggunakan pengangkutan sungai untuk ke seberang. Bagi yang tinggal di asrama ni, mereka agak comot. Maklumlah masih belum pandai sangat nak menguruskan diri. Nasib baik ada PPM (Pembantu Pengurusan Murid). :)

Pepatah Melayu menyatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah itulah yang sering saya ingat. Saya mendidik mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Dari segi pengetahuan, saya banyak bertutur dan memberi arahan kepada mereka. Saya mahu membiasakan mereka bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Dari segi kemahiran pula, saya membiasakan mereka untuk melakukan kerja kelas seperti menyapu lantai, memadam papan tulis mahupun mengemas meja dan kerusi. 

Dari segi nilai, saya banyak menekankan amalan mengucapkan 'terima kasih' dan 'sama-sama'. Selain itu, saya mahu anak-anak saya menghormati sesama sendiri.


Comel kan? Haha..

Kadang-kadang, ada juga yang menangis apabila kehendak mereka tak dipenuhi. Selalunya kalau ada yang menangis, saya akan panggil dia 'akik' yang membawa maksud 'datuk'.. Haha.. Selepas itu, berhenti la dia menangis.. :p

Banyak kerja juga menjadi guru kelas Tahun Satu ni. Daftar murid la, menyediakan fail KSSR la, menangani karenah murid la.. Masalah ponteng pun ada juga berlaku.. Ada yang mengikut ibu bapa mereka ke kem balak. Dari dulu hingga kini, itulah punca masalah ponteng di sekolah ini..

Merekalah anak-anak saya. Tempat saya mencurahkan kasih sayang selain daripada kucing di sini. Hehe.. 

Selamat malam! :)

Saturday, February 8, 2014

Menghapus Jejakmu

Teruskan langkah melupakanmu
Lelah hati perhatikan sikapmu
Jalan fikiranmu buat ku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh 
Perlahan hati ku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

._.

Tuesday, February 4, 2014

Penggunaan 'di' Jangan Dipandang Rendah

Salam sejahtera..
 
Ramai yang keliru dengan penggunaan 'di'.

Untuk membentuk KATA KERJA > dimakan, dibayar, ditipu, disedari, diingatkan

Untuk menunjuk ARAH dan TEMPAT > di sana, di kedai, di dalam beg, di atas meja

Mungkin ada yang menyatakan perkara ini remeh-temeh, tetapi perkara kecil seperti inilah yang menjadi virus. :)
 
._.

Tuesday, January 14, 2014

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia










Logo baru KPM ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras.

Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.

Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia.

Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

 Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
 
Rujukan : Klik SINI.. Saya nak rujuk laman web KPM, tapi lambat sangat la.. Huhu..

Selamat menyambut Maulidur Rasul.. :)

._.

Blog Terbaik!!!^__^