Followers

Saturday, March 7, 2015

Apabila Cik Herma Belajar Memasak

Salam..

Baru hari ini dapat bernafas dengan tenang. Sepertinya ikan yang baru sahaja masuk ke kawasan air bersih. Hehe.. Namun begitu, pagi tadi masih sempat nenganjurkan Program Pelancaran NILAM, memandangkan saya merupakan Guru Perpustakaan dan Media.

Bekerja di kawasan pedalaman memang banyak hikmahnya. Walaupun banyak cabaran dan dugaannya, banyak hikmahnya. Banyak kebaikan yang kita dapat.

Salah satunya, saya belajar memasak! Jujur saya katakan, kalau di rumah memang jarang sekali memasak. Anak manja katakan.. Hehe.. Tapi di sini, dengan bahan dan bekalan yang agak terhad, saya belajar untuk memperuntukkan bahan dan bekalan.

Di sini juga saya belajar untuk memasak ikan sungai. Apabila belajar memasak, mulalah saya rajin melawat blog yang menyediakan resipi masakan. Haha!

Apapun, setiap perkara atau kejadian pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur..^^

Selamat berehat pada hujung minggu..:)

._.

Saturday, January 31, 2015

Perjalanan Ke SK Long Segaham, Belaga

Salam sejahtera, selamat berhujung minggu buat warga blogger. Hehe.. Semoga semua sihat walafiat.

Kali ini, izinkan saya berkongsi perjalanan sebagai seorang guru di kawasan pedalaman. Walaupun taklah pedalaman sangat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, namun apabila kita menyebut Belaga, pasti kita akan membayangkan jalan balak yang teruk, menggunakan laluan sungai sebagai pengangkutan utama dan sebagainya.

Belaga.. Sudah hampir dua tahun saya berkhidmat di Belaga. Dalam tempoh dua tahun itu, jambatan yang menghubungkan jalan ke pasar Belaga sudahpun boleh digunakan.

Jika dulu, orang akan ke Belaga menggunakan ekspres dari Sibu. Tapi kini, kita boleh ke Belaga dari Bintulu. Malah, tidak perlu menggunakan laluan sungai lagi dah. Ingat tak Empangan Hidroelektrik Bakun? Sekolah saya tak jauh dari empangan tersebut. :)

Bagi orang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri macam saya, kita perlu menempah kenderaan dari Belaga. Macam van sewa jugalah, tapi mereka menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Jangan risau, jalan semuanya sudah berturap walaupun tak sehebat jalan di KL. Hihi.. KL, mu tunggu aku datang.. ^^

Perjalanan dari Bintulu ke seberang SK Long Segaham mengambil masa 4 jam. Tambangnya, RM50/ RM60.. Ikut tuan punya kereta juga. Hehe.. Lepas tu, kita kena tunggu perahu. Itupun kena tempah juga.. Kalau tak, bermalam kat seberang la nampaknya.. 


Gambar dari seberang. SK Long Segaham terletak di seberang sana. Hoho..

Jadi, guru-guru dari jauh yang bakal ditempatkan di SK Long Segaham jangan risau. Masih boleh hidup di sini.. Ikan sini sedap-sedap. Ikan baung, ikan labang, ikan mengalan. Sempat juga saya menghasilkan ikan pekasam. Hihi..

._.

Friday, January 30, 2015

Alam Indah Ciptaan-Nya

Salam sejahtera..

Boleh dikatakan hampir setiap petang saya berbasikal.. Tapi taklah jauh sangat dari kawasan rumah. Bukanlah takut, tapi sekadar berwaspada.. Zaman sekarang ni, bukan hanya kawasan bandar yang bahaya.. Kawasan kampung juga kita harus berwaspada..

Sambil berbasikal, saya juga berhenti sekejap untuk mengambil gambar kawasan sekitar. Sunyi jugalah tempat saya berbasikal tu.. Huhu..


# Lama sudah post ni, saya baru terjumpa dalam draft.. Haha.. Post jelah.. :p

 ._.

Berjaya!!^^

Akhirnya!!! Ya, akhirnya.. Setelah sekian lama tak dapat buka blog ini, berjaya juga akhirnya.. Gembira tak terkata..


Saya di bumi Segaham, talian internet agak susah dicapai menggunakan talian telefon seperti Maxis dan Celcom. Jadi saya terpaksa bergantung kepada wireless sekolah.


Wireless sekolah? Tak dapat langsung nak log in blog.. Tak tahu kenapa.. Oh rindunya pada dunia blogging ni.. Lepas ni nak blogwalking.. ^^


Semoga pembaca sihat-sihat saja ya.. :)

._.

Blog Terbaik!!!^__^