Followers

Friday, August 7, 2009

Jerebu...

Pagi ini saya bangun awal, seawal 6 pagi. Biasanya bangun pukul 6.20 la... Tiba-tiba bangun awal ni sebab rasa panas yang luar biasa. Sejak semalam lagi memang panas sehingga berpeluh-peluh semasa tidur. Jadi, x tdo pakai selimutlah,sampai ke pagi. Semasa tdo pun, botol penuh berisi air sentiasa di sisi. Dahlah panas, capat haus pula tu! Hmmm, semenjak 2 menjak ni keadaan jerebu semakin teruk, terutamanya pada waktu petang. Bukan saja kawasan samarahan (Desa Ilmu),, malah kampung kesayangan saya pun dilanda jerebu. Baru semalam mom kesayangan saya menelefon memberitahu yang kampung jerebu. Maknanya bukan area samarahan sajalah.. Bencinya.... Sampaikan dalam bilik pun hidu bau asap. Kadang-kadang terfikir juga saya, "Adakah saya akan mati disebabkan tiada udara segar untuk dihirup?" Malah saya memikirkan masa depan lagi, bagaimana dengan keadaan masa hadapan sekiranya masa kini pun betapa teruknya udara.. Malah hutan semakin hari semakin nipis dan sentiasa diterokai sehingga mungkin tiada lagi hutan untuk anak cucu pada masa hadapan.. Arrggghh....Takutnya...!!

Time jerebu ni banyak juga yang demam, batuk2 dan sesak nafas. Saya sendiri pun masih batuk (Tapi ok lah sikit, sebab dah makan gula2 Strepsils tadi). Hehe.. Balik semula pada jerebu. Last year taklah seteruk keadaan sekarang ni... Dan pernah terfikir tak, yang keadaan ni adalah disebabkan rakyat Malaysia menyahut seruan pihak kerajaan supaya mementingkan semula sektor pertanian seperti penanaman padi? Tak lama dahulu, negara kita pernah mengalami krisis kekurangan beras disebabkan terlalu mementingkan sektor perindustrian sehingga makanan pun terpaksa diimport. Namun, apabila rakyat Malaysia menyahut seruan untuk menanam padi, inilah kesannya! JEREBU! Macam mana jerebu boleh terjadi pula? Dan apa kaitannya dengan padi? Senang je.. Proses penanaman padi ni, sebelum menanam padi, mestilah membuka hutan dulu.. Jadi, untuk membuka hutan tu, pembakaran perlu dilakukan. Tambahan pula tanah di negara kita ni kebanyakannya tanah gambut. Pembakaran sehingga ke bawah tanah akan menyebabkan penghasilan asap dan asap inilah yang menyebabkan jerebu!

Bukan itu saja, belum lagi termasuk asap pembakaran hutan yang tidak disengajakan.. Ketika membakar kawasan yang nak dijadikan sebagai kawasan penanaman padi, tiupan angin yang kuat menyebabkan api merebak ke kawasan lain lagi, sehingga menyebabkan pembakaran hutan. Maka, terhasillah jerebu dan keadaan sekarang ni semakin panas!

opss! Semua di atas ni cuma teori saya je... Saya kumpulkan maklumat dari rakan dan juga ...... Terpulanglah kepada anda semua, jangan fikir yang bukan2 ye! Hehe.. Peace...

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^