Followers

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Yang Mengasyikkan.....

Petang itu aku duduk-duduk sambil melayari internet dalam bilik asrama.Kemudian aku terdengar suara seseorang memanggil aku. Rupa-rupanya Tashia, kawan lamaku semasa di sekolah menengah.

"Tibe,dulu kamu pernah pinjam mekanikal penselku. Boleh x kamu kembalikan sekarang?"
Aku berasa hairan. Sejak bila aku pinjam mekanikal pensel dia pula? Aku menggeleng seraya berkata, "xda pun pensel kamu kat aku. Aku x pernah meminjam penselmu."

"Ada..." Jawabnya dengan wajah yang sinis. Aku menjadi marah lalu mengambil kotak penselku dan membaling ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak. Kalau dia tidak mengelak, pasti akan mengenai kepalanya.

"Kamu ni, sebarang tuduh tau!" Marahku. Kemarahanku membuak-buak, hinggakan aku mengambil sebatang pensel lalu mematahkan pensel itu. Kemudian,datang seorang kawan lalu mengajak Tashia pergi dari situ. Tashia pun beredar dan tinggallah aku seorang di sana. Aku mengisytiharkan permusuhan antara aku dan dia petang itu juga.

Beberapa hari selepas itu, aku mencari abangku, Ady di pasar malam MJC. Aku ternampak dia berjalan diiringi/dijaga oleh dua orang sahabatku, Cecey dan Lala. Apakah sebabnya, aku pun tak tahu. Kemudian, aku mengajak abangku berjalan-jalan. Mujur Cecey dan Lala membenarkan. Kami berjalan menyusuri pasar malam tetapi tiada apa-apa yang kami beli. Tiba di sebuah gerai, aku ternampak ibu bapa Tashia. Mereka menegur aku tetapi aku tidak menjawabnya. Ketika itu abangku tengah tawar-menawar sesuatu barangan dengan apek gerai itu. Selepas membeli barang itu, abangku mengajak aku balik.

Sampai di rumah, kami duduk di bangku panjang sambil berbual-bual berkenaan Tashia. Aku bercerita dengan penuh rasa marah dan tidak puas hati. Abangku pula menasihatkan aku. Untuk pengetahuan semua, bangku panjang yang kami duduki tersebut boleh terbang kalau kami menggerakkan sayapnya. Aku namakan bangku panjang itu sebagai 'Aircratf' sebab ianya terlalu ringan. Jadi, sambil kami bercerita, kami terbang menggunakan bangku panjang itu. Saya berasa mual kerana pergerakan bangku tersebut yang kurang stabil. Namun begituami tidak jatuh.

Tidak lama selepas itu, ibu aku sampai di rumah. Dia memanggil-manggil nama aku dan abangku. Abangku pun mengajak aku menghentikan penerbangan kami dengan cara mengipaskan tepi bangku itu. Aku pun mengipaskan tepi bangku itu dan secara perlahan-lahan,kami mulai mendarat. Tetapi, abangku tiba-tiba mengipaskan secara laju. Oleh itu, kami mendarat secara kasar dan abangku jatuh ke lantai. Nasib baik aku tidak terjatuh dari bangku tersebut. Ibu ku terkejut melihat kami jatuh dari langit.

Wawawa....mimpiku terjejas kerana bunyi alarm clock mengganggu, pukul 6.30. Nampaknyaaku perlu bergegas bangun mandi kerana kebelakangan ini masalah ketiadaan air semakin menjadi-jadi. Huhu..... Mimpi je yea....;)

Monday, September 28, 2009

Bermulanya Petempatan Di Gunung Singai

Sebelum adanya petempatan di Gunung Singai, penduduk tinggal di kaki gunung ataupun secara berselera ataupun berkelompok di tepi sungai di bawah gunung. Pada masa itu, Tanah Melayu masih di bawah jajahan British sementara negeri Sarawak pula masih di bawah pemerintahan Rajah Brooke.

Menurut orang tua-tua, terdapat tiga sebab mengapa penduduk berpindah dan membina petempatan di Gunung Singai :
1. Penduduk di kawasan tersebut melarikan diri dari musuh. Musuh yang dikatakan ialah para askar dari Tanah Melayu yang datang bertugas ke Sarawak. Mereka sering memeras ugut dan meminta makanan daripada penduduk kampung. Selain itu, askar-askar tersebut sering menipu penduduk di situ sehingga menimbulkan kemarahan penduduk dan mengakibatkan peperangan antara mereka. Setelah askar-askar tersebut tewas dan kembali ke Kuching, penduduk kampung telah berpakat untuk melarikan diri ke Gunung Singai dan membina petempatan di situ.
2. Permusuhan dengan orang Melayu. Pada masa itu, orang Melayu sering datang ke perkampungan menggunakan sampan untuk mendapatkan pertukaran padi, ikan masin dan garam dengan sebatang rod besi/bijih timah. Pada masa itu, orang Bidayuh tidak pernah mengenali apa itu besi dan bijih timah. Apabila orang Melayu mahu bertukar dengan makanan, mereka terima sahaja rod besi tersebut kerana mereka menganggap besi/bijih timah tersebut merupakan barangan berharga. Namun, apabila sudah kerapkali bertukar barangan, orang Bidayuh mulai sedar bahawa besi/bijih timah yang ditukar dengan padi tidak membawa sebarang faedah. Mereka mula tidak mahu bertukar barangan dengan kaum Melayu yang mahu bertukar barangan. Mereka juga meminta kembali padi yang mereka serahkan dan mengembalikan rod besi/bijih timah tersebut. Keengganan orang Melayu menimbulkan kemarahan kaum Bidayuh sehingga menyebabkan pergaduhan. Kedua-dua kumpulan tersebut bermusuh. Untuk mengelakkan berlakunya lagi pergaduhan, orang Bidayuh berpakat untuk meninggalkan petempatan asal mereka dan tinggal di Gunung Singai.
3. Penduduk takut dengan musuh yang memenggal kepala. Musuh-musuh yang melancarkan serangan dengan tujuan untuk mendapatkan kepala dan semakin banyak kepala yang mereka dapat, semakin berkuasalah mereka. Kepala tersebut akan disimpan dan dikumpul di baruk kawasan petempatan mereka. Musuh yang paling digeruni pada masa itu terdapat dua kumpulan. Satu kumpulan diketuai oleh Tirobung, dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Bisopung. Mereka sering menyerang kawasan perkampungan penduduk di situ dan merampas makanan serta harta benda. Bukan itu sahaja kejahatan yang mereka lakukan, malah mereka turut memenggal kepala beberapa penduduk dan membawa kepala mereka pulang. Mereka digelar penyamun dan berbangsa Bidayuh yang tinggal di tempat yang jauh serta mempunyai bahasa yang tidak difahami. Setelah penyamun tersebut memenggal kepala orang, penduduk kampung akan menyanyikan pantun. Antara contoh pantun mereka ialah;
“Siburit jikeh tobuh potod togang de rimang ba’ai,
Jaat negeh jowin te di te poya mamuh ngan te ninga srata dayung nagai.”
Penterjemahan :
“Kerengga memanjat tebu patah-patah di kawasan pokok sirih,
Hodoh muka kita sebab tiada masa mandi semata-mata nak melihat
perempuan musuh.”

Jadi, punca perpindahan penduduk dari keliling gunung tersebut ke Gunung Singai adalah untuk melarikan diri daripada serangan musuh dan demi keselamatan diri serta nyawa. Mereka berpindah ke gunung secara beramai-ramai. Dan mereka memilih Gunung Singai kerana gunung tersebut yang paling tinggi di antara 2 lagi gunung di situ, iaitu Gunung Muoi dan Gunung Srabu. Gunung Singai juga dikatakan strategik kerana terletak berdekatan dengan petempatan asal dan senang juga untuk menyembunyikan diri daripada musuh kerana kawasan gunung yang berbukit-bukau dan berhutan tebal.

Sejarah Gunung Singai

Menurut cerita orang-orang tua, Gunung Singai mendapat nama daripada sejenis spesies ikan yang dijumpai di puncak gunung tersebut. Ikan yang dijumpai tersebut mempunyai badan yang berbulu dan sebesar dua tapak tangan. Ikan tersebut dijumpai oleh beberapa orang perempuan ‘Boris’ (Orang yang menyanyikan puisi berkenaan nenek moyang zaman dulu-dulu, memuji-muji kisah lagenda dan merayakan gawai secara tradisional). Ikan tersebut dijumpai semasa mereka sedang meraikan pesta Gawai di gunung tersebut. Pada masa itu, tidak ramai sangat penduduk yang tinggal di situ, masih ramai yang tinggal di bawah gunung ataupun kaki gunung. Selepas menemui ikan tersebut, gunung tempat mereka meraikan pesta Gawai tersebut dinamakan Gunung Singai.
Selepas penemuan tersebut, rombongan orang putih yang diketuai oleh Rajah Brooke turut mendaki Gunung Singai semata-mata untuk melihat ikan tersebut dan mengambil gambarnya. Sejak itu, semakin ramai penduduk di kaki gunung yang mendaki gunung untuk menyaksikan pesta Gawai setiap kali adanya pesta tersebut.

Cerita dari nenek saya untuk dimuatan dalam kerja kursus. Hehe...

Blog Terbaik!!!^__^