Followers

Monday, December 21, 2009

14 Tips Memiliki Mental Yang Baik

Dalam pencarian untuk mengisi masa lapang tadi, saya terjumpa tips yang memang baik untuk kesihatan mental dan fizikal. Penulis tips tu, jangan marah ya,sy publish di sini. Hihi.. Peace!!

1. Luahkan /kongsi masalah dengan orang lain (Saya selalu juga luahkan masalah saya kepada my 'matahari')

2. Luaskan pergaulan (Rasanya saya ni ok lah dalam pergaulan, cuma agak pekak. Haha)

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama (Reunion minggu lepas dengan ex-classmates masa form 5 pun saya tak pergi. Minta maaf kawan-kawan!!)

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab (Kelab Ping Pong. Hehe)

5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya. (Sy suka baca komik Dik Cerdas-Shin Chan)

6. Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan (Hobi kami sekeluarga - Tidur siang)

7. Jaga kesihatan diri (Biar panas ataupun hujan, saya tetap berpayung!)

8. Bersenam selalu (Tekan tubi sebelum mandi,terutamanya awal pagi! Bak kata orang tu la....)

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak. (Saya selalunya minum air yang banyak cuma apabila saya menderita ulser di mulut. Huhu)

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.Eratkan ikatan kekeluargaan. (Menonton tv, shopping, duduk makan semeja)

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar (Dengan sahabat karib, dan orang tu..=p)

12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira (Senyum sorang2 teringatkan peristiwa lucu)

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa (Kewangan, gosip2)

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek (perubahan berat badan. Aduh!!! Berat badan naik 2kg bulan ini!!)

1 comment:

  1. nampaknya macam cik penulis ni agak rapat ngan "orang tu" kan... huhu =)
    tapi kan, cik penulis kena selalu minum air banyak2 juga setiap hari tau! walaupun tak ada penyakit ulser. huhuhu

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^