Followers

Thursday, March 4, 2010

6 Lagi Produk Kosmetik Dikesan Beracun!

Petang-petang macam ni,memang saya akan selalu melayari internet, membaca Berita Harian Online sambil minum soya kotak. Buka saja Berita Harian Online tu, saya tertarik melihat artikel berkaitan produk kosmetik dan membacanya. Agak berdebarlah juga, maklumlah saya sendiri merupakan pengguna produk kosmetik masa kini. Lainlah kalau orang dulu-dulu,mereka guna produk buatan 'alam sekitar'. Tak pun, 'sabun kerajaan' atau dalam bahasa Bidayuh, kami kata 'sabun pritah'. Tak tau lah pula,kenapa sabun tu dinamakan begitu. Sabun garam yang panjang tu... Wangi baunya..

Berbalik semula produk kosmetik beracun yang dikesan tadi, ada 6 produk,salah satunya merupakan produk yang agak laris di pasaran. Di bawah ini saya 'copy n paste' dari Berita Harian Online :

6 produk kosmetik dikesan beracun

KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual 'tretinoin' dan 'hydroquinone' yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.


"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Di bawah peraturan ini, individu-individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Produk-produk tersebut dikilangkan oleh Re-X Products Co. Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. - Bernama
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100304173320/Article/

Hal ini menjadikan saya agak takut untuk menggunakan produk kecantikan yang lain. Sekarang ni, saya dah tukar produk kecantikan (sebelum ni saya guna Olay,tapi disebabkan ada yang menyatakan moisturiser Olay tu ada somethinglah, saya pun tukar produklah.. Sekarang ni saya dah guna produk dari Malaysia, iaitu Safi. Dari pencuci muka hingga ke syampu, memang saya dah tukar ke Safi sekarang, sebab setakat ini Safi memang dijamin kesuciannya. Hehe..

Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan terutamanya kaum wanita. Kulit kita begitu berharga. :)

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^