Hari ini batch 1109 ada GERKO, tiap-tiap hari Rabu. Gerko saya, Kadet Remaja Sekolah. Semasa isi borang untuk memilih gerko lagi saya dah meletakkan KRS sebagai first choice. Jika nak pilih BSMM (dulunya dipanggil PBSM), saya sebenarnya takut kalau melihat darah mengalir/luka. Silap-silap nanti saya sendiri yang perlu diusung, bukannya mangsa. Pandu Puteri pula, saya bukannya tak berminat. Saya inginkan sesuatu yang ebih mencabar fizikal dan mental. Jadi, saya memilih KRS, dan sememangnya menyeronokkan dan mencabar. Tiap-tiap minggu kami mengadakan perjumpaan, dan aktiviti yang dijalankan memang tidak pernah menghampakan. Pernah sekali kami melakukan aktiviti di luar, iaitu berkawad di sekitar Feri Point Samarahan. Selain itu kami turut melakukan sedikit kerja amal - mengutip sampah di kawasan sekitar.
Perjumpaan pagi tadi kami lebih kepada aktiviti kawad kaki. Sebelum itu ada juga aktiviti lain seperti nyanyian, ikatan dan simpulan serta bantu mula. Selebihnya, kami melakukan latihan kawad. Sebelum ni, semasa di sekolah menengah, saya merupakan ahli PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia). Memang agak berbeza kerana kawad kaki dalam KRS sentiasa dimulakan dengan kaki kanan. Jadi, saya kenalah membiasakan diri...
Apa lagi ya? Saya nak memasukkan sedikit gambar dululah.=p
Setiap kali sebelum memulakan apa-apa aktiviti, memang kami akan menjamu selera..^^
ReplyDeletebagi komen kat blog sendiri?? huhu
ReplyDeletekawan kamu yang kena balut tu memang patah tangan betul2 ke?! =P