Nama saya sendiri, yang mom saya bagi. Tapi nama samaran yang saya suka ialah Skyliya.
2. Hobi
Tidur, asal ada masa lapang pada waktu siang, saya akan tidur. Tapi mesti bangun sebelum pukul 4 petang. Kalau tak, mewarisi kegilaan.. (Bak kata orang tu..)=p
3. Makanan kesukaan
Dulu saya suka kulit ayam, terutamanya ayam goreng/panggang! Tapi sekarang usia da meningkat dewasa, harus jaga kesihatan dari awal. Jadi, makanan kesukaan saya sekarang ialah buah-buahan. Pisang bagus untuk daya tumpuan! =)
4. Minuman kesukaan
Saya elakkan minuman bikarbonat. Saya lebih suka minum Malta, tapi sekarang dah jarang juga. Tiap-tiap petang selepas mandi, saya akan minum soya kotak. Nak minum soya yang ori (air tauhu), susah juga. Tapi soya memang sedap dan berkhasiat!
5. Buku kesukaan
Saya suka membaca. Novel, majalah, komik.. Semasa remaja, saya mengumpul buku Remaja (sejak form 3 hingga saya berusia 18 tahun). Masa kat sekolah menengah (berasrama), saya sanggup tak menjejakkan kaki ke kantin semata-mata nak kumpul duit beli majalah Remaja. Selain itu, saya juga peminat setia komik Shin Chan!! Sejak sekolah menengah juga, saya berkenalan dengan Shin Chan semasa berumur 14 tahun. Hihi.. Setakat ini, saya ada 49 episod komik SC. Sekarang, saya mengumpul wang untuk membeli buku-buku rujukan. Pentingkan apa yang penting dulu.
5. Movie kesukaan
Saya suka menonton cerita Twilight. Ceritanya ada dua, Twilight 1 dan New Moon. Kedua-duanya disumbangkan oleh orang tu, kerana dia tahu saya minat habis dengan cerita Twilight ni! Selain itu, saya juga minat menonton cerita Harry Potter. Setakat ini, saya cuma dah menonton 6 episod je..
6. Haiwan kesukaan
Saya sangat sukakan kucing!!>_<
Mom saya kata, sifat saya ni berjangkit dari dad saya. Tapi, saya tetap anak mak. Hehe....
7. Kesukaan yang lain
Saya suka hidu bau duit. Kalau saya pegang duit yang banyak, tangan saya akan menggeleter. Errr...
Selamat Malam!!! Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^