Sekarang ni, sedih rasanya.. Walaupun luar nampak riang, tapi dalam hati ni sebak rasanya.. Begitu berat menanggung kesedihan. Buat Mummy, saya minta maaf, saya telah menyakiti hati Mummy hari ni. Saya tak berniat untuk membuatkan Mummy bersedih dan menangis, salah saya kerana menunjukkan sifat yang tidak matang. Saya harap Mummy tak lagi bersedih sekarang. Saya memang bersungguh-sungguh memohon kemaafan dari Mummy..
Semasa Mummy calling petang tadi, bukannya saya sengaja tak mahu jawab. Pada masa tu saya sedang tidur, dan hp saya dalam keadaan silent. Saya bangun, dan membaca mesej dari Mummy, betapa pilunya hati saya membaca luahan kata-kata Mummy. Nampaknya ada sedikit salah faham. Ya, saya yang salah kerana tidak memahami Mummy dan bersikap seperti remaja yang bertindak tanpa berfikir panjang.
Mummy, saya berjanji akan menggembirakan hati Mummy esok. Kalau boleh, saya takkan buatkan Mummy menangis lagi, kerana saya sendiri akan rasa sangat bersalah dan tidak tenang rasanya belajar, maklumlah musim peperiksaan sekarang.
Saya teringat pula yang Mummy telah bersusah-payah melahirkan, menjaga dan mendidik saya dari kecil hinggalah sekarang. Dan saya sangat gembira kerana Mummy mengaku sayalah rakan karib Mummy. Ya Mummy, Mummylah rakan karib saya juga. Mummylah yang terbaik. Mummy, minta maaf sekali lagi. Saya sayang Mummy...
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^