Followers

Saturday, November 13, 2010

Apa Yang Saya Main Semasa Kanak-kanak???

Duduk, duduk, teringat sekali lagi pada zaman kanak-kanak. Saya dulu, semasa di sekolah saya merupakan pelajar asrama dari Tahun 1 hingga Tahun 6 tapi taklah bermalam di asrama. Maklumlah rumah dekat je, rumah guru (yang bertiang tinggi tu, sekarang masih ada lagi). Di situlah saya membesar bersama adik-beradik saya yang lain, bermain bergaduh bersama semuanya di situ.

Di sini, saya ingin singkap kembali zaman kanak-kanak, apakah jenis permainan yang saya mainkan bersama adik-beradik dan kawan-kawan. Kadang-kadang, ada permainan yang langsung tak terfikir pun oleh orang lain. Tak percaya? Jom ketahui betapa kreatifnya kami semasa kanak-kanak dulu. (Selalunya, Mindmasternya ialah si Hardy Fediller. Siapa lagi, my bro laa)

1. Permainan 'Tob'

Permainan ini kalau nak diterangkan dalam bahasa moden, boleh dikatakan sebagai permainan Counter Strike. (Saya dulu suka juga main CS kat komputer, si Hardy yang ajar. Tapi masa tu dah masuk era moden, era kami dah ada komputer.. =p) Balik semula kepada permainan Tob, kami akan bermain bersama-sama anak guru yang tinggal di kuarters. Jiran kami lah tu.. Mereka ada 4 beradik, 2 lelaki 2 perempuan. Sama je dengan kami, 2 lelaki 2 perempuan juga.

Sebelum memulakan permainan, kami akan membahagikan kumpulan - 2 kumpulan, 1 kumpulan ada 4 orang. Cara membahagikan kumpulan, guna kaedah 'oooo,peng!'. Tau? Kalau tak tahu, nasiblah.. Kita lihat contoh kumpulan kami :

Kumpulan A
-Ady (Hardy)
-Tibe
-Kakuong
-Papo

Kumpulan B
-Joy
-Nineq
-Win
-Epik

Selepas membahagikan kumpulan, ketua kumpulan (biasanya Hardy dan Joy yang jadi ketua) akan 'ocom' (Tau kan?) menentukan kawasan setiap kumpulan.

Kawasan A ialah kawasan rumah guru dan kawasan B ialah kawasan dewan makan + kawasan sekolah. Selepas itu, kami akan ke kawasan masing-masing dan bermulalah permainan. Sama seperti permainan CS, kumpulan Hardy akan pergi mencari kumpulan Joy dan begitu juga sebaliknya.

Contohnya, apabila Kakuong menemui Win, dia akan menjerit 'Tob Win!' dan Win akan 'mati' dan keluar daripada permainan. Maka kumpulan Joy dah tinggal 3 orang ahli. Apabila Ady pula menemui Joy, dia akan menjerit 'Tob Joy!' dan Joy pula 'mati'. Sehinggalah ahli kumpulan Joy 'mati', jadi kumpulan Ady pun menang. Hehe.. Tapi permainan ni semakin jarang dimainkan apabila kami dah meningkat remaja kerana Ady dan Joy dah masuk ke sekolah menengah. Dan saya juga semakin tidak berminat dengan permainan ni kerana saya dah ada permainan baru yang saya lebih sukai - Permainan 'Anak Patung'.


2. Permainan Anak Patung

Sebut pasal permainan anak patung ni, tentu ada semua fikir saya bermain anak patung yang dibeli kat kedai kan? SALAH SAMA SEKALI! Saya pun tak sangka yang saya akan terfikirkan permainan macam ni, dan dari mana saya dapat idea macam ni. Saya jadikan DAUN UBI sebagai anak patung! Tak percaya?? Daunnya menjadi 'rambut' dan batangnya menjadi 'badan'. Sebelum bermain ni, ada juga prosesnya tau..

Mula-mula, pilih daun ubi yang cantik dan batangnya yang masih muda. Kemudian, petik dan sidai. Sidai pun ada prosesnya tau.. Kena sidai semasa terik matahari, dan jangan sidai lama sangat kerana akan menyebabkan 'rambut' anak patung jadi tak cantik nanti. Hehe.. Selepas menyidai, maka jadilah anak patung. Tapi anak patung perempuan je. Saya tak pernah terfikir nak buat anak patung lelaki. Maklumlah daun ubi cantik untuk dijadikan rambut panjang..

Proses bermain anak patung ni, saya selalunya menjadikan 'mama', dan 'anak-anaknya'. Dan fesyen rambut mereka juga pelbagai. Ada yang diikat, ada yang kerinting. Cantik... Minggu depan saya akan tunjuk gambarnya. Dan saya selalunya bermain permainan ini seorang diri (semasa kanak-kanak dulu, saya suka bersendirian dan mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autisme. Betul.... Tapi saya bukan autisme la, beberapa ciri je yang saya ada).

Untuk pengetahuan semua, sekiranya pokok ubi 'musnah' kerana ibu memetik daun pucuk ubi untuk dijadikan sayur, saya tetap ada alternatif lain. Saya akan cari pula daun pokok betik. Dan cara bermain daun betik pun berbeza. Saya selalunya akan membuat pembedahan terhadap daun betik tu, kononnya doktor bedahlah. Tapi selalunya my big brother akan menyibuk juga nak jadi doktor. Haha...

Selain memetik daun-daun untuk dijadikan anak patung, saya turut menggunakan kain sarung. KAIN SARUNG??? Ya.. Saya dapat idea ni dari rakan sebaya. Tapi hasil pertanyaan dari rakan yang lain (yang sekarang) mereka juga bermain anak patung dari kain sarung).


3. Permainan Cikgu

Saya juga bermain permainan ini semasa sekolah rendah. Secara tidak langsung, saya telah 'membuka pusat tuisyen' yang percuma kepada junior saya semasa sekolah rendah. Saya bermain permainan ini semasa saya berumun 11-12 tahun dan 'mengajar' budak-budak Tahun 3, 4. Seronok jugalah, mengajar mereka subjek BM, Matematik dan Sains kerana nak ajar subjek BI, saya bukannya pandai dalam BI masa tu. Permainan nilah yang paling berfaedah bagi saya kerana secara tidak langsung, saya sendiri dapat belajar. Dan sekarang pun saya sedang menjalani kursus perguruan! Hehe..


4. Permainan Masak-masak

Permainan ini dimainkan oleh ramai orang, dan biasanya kami perempuan je yang suka main permainan ni. Dan kami akan memaksa kawan-kawan lelaki (walaupun seorang dua je) ikut permainan ni, termasuk adik lelaki saya. =p

Permainan ini memerlukan tenaga, masa dan kesabaran. Kenapa? Kami bermain permainan ini di bawah rumah guru (maklumlah tiangnya tinggi). Kami bermain pada waktu petang, dari pukul 4 hingga 6 petang. Semasa permainan, kami akan melaksanakan watak masing-masing (teknik main peranan). Contohnya, saya akan jadi ibu dan adik saya akan jadi anak.

Sebelum memulakan permainan, kami akan menyusun meja dan kerusi untuk dijadikan rumah. Amazing, kerana kami akan menyusun meja-meja (meja-meja tu dah tak digunakan lagi) menjadi lantai rumah, dan kami akan bermain di atas meja-meja yang disusun tu. Sebab tu permainan ni memerlukan masa dan tenaga, kerana kami perlu menyusun meja dan kerusi dulu.

Kesabaran, kesabaran itu diperlukan apabila mak cik (dia tukang masak di sekolah) selalu masuk campur dan merosakkan permainan kami atas alasan kami mengotorkan bawah rumah kuarters guru.. T_T
Saya selalu mengatakan yang dia cemburu, kerana kami tidak mengajak anaknya bermain. Maklumlah kami masih budak-budak masa tu, saya boleh dikatakan agak nakal. Haha!

Kalaulah pada masa tu ada telefon bimbit (sekurang-kurangnya laa), pasti saya dah ambil gambar suasana permainan tersebut dan simpan sebagai kenangan. Memang menyeronokkan kerana ada 'makanan' (bekas-bekas kosong sebagai pinggan mangkuk, pasir untuk buat kek, dan daun-daun bunga yang dihancurkan untuk diambil warnanya dan dibuat 'air sirap'.) ada urusan jual-beli juga dan kami akan jadikan daun jambu sebagai duit. Daunnya yang panjang akan dijadikan wang kertas, dan daunnya yang bulat akan dijadikan wang syiling. Kreatif kan??


5. Permainan Kucing

Ini merupakan permainan antara kami 4 beradik. Dulu kami ada membela 2 ekor kucing, Jukat (Dalam bahasa Melayu, jukat bermaksud alat pengesat kaki. Kami menamakannya Jukat kerana warnanya oren dan putih seperti kain pengesat kaki di rumah) dan Brain (kucing Siam, warnanya kelabu dan kepalanya besar bulat seperti Brain dalam cerita Pinky And The Brain). Kalau mak bapa kami tiada di rumah, bermulalah permainan kucing ni. Kami akan menyusun kusyen dan buat seperti permainan menghadapi rintangan untuk sampai ke destinasi. Dan permainan itu akan disediakan perangkap, jambatan runtuh dan sebagainya. Bermulalah permainan untuk Jukat dan Brain. Mereka akan berjalan melalui 'jalan' yang kami bina dan akan melalui pelbagai perangkap yang si Mindmaster buat. Comel sekali!!>_<


6. Permainan Sawah Padi

Permainan ini memerlukan kita mempunyai daya imaginasi yang kuat. Bagi sayalah.. Kami bermain permainan ini di padang permainan yang agak lecak. Di padang yang lecak tersebut, tumbuhnya rumput-rumput yang cantik dan kelihatan seperti anak padi. Kami akan bermain kononnya sedang menuai padi sambil menyanyi lagu 'Marilah kita menampi padi...'.

Permainan ini pernah mengakibatkan saya dimarahi dan didenda. Kenapa? Semasa kami sedang bermain, salah seorang kawan me'report', yang ada seorang kawan lelaki datang merosakkan padi kami. Budak laki tu bukannya tau apa-apa pun. Dah namanya padang, budak laki datanglah bermain bola sepak. Tapi seorang budak laki tu, memang degil walaupun kami menghalaunya supaya tidak memijak 'padi' kami. Lalu, apabila saya marah (panas baran!), saya mengambil batu dan membalingnya dan hmmm....batu tersebut terkena keningnya dan berdarahlah. Dan mereka bawa budak tu jumpa mak saya (mak saya warden ketika itu). Dan mak saya panggillah saya, dan marah saya dan... Kepala saya dihantuk-hantuk ke dinding beberapa kali. Ala-ala burung belatuk katakan.. Haha!! Masih segar di ingatan.. =p

Itulah, terlalu diselubungi imaginasi, salah juga kan??


7. Permainan Tradisional yang normal

Banyak dah permainan yang saya lupa. Dulu kami selalu bermain baling selipar (sama seperti selipar kaki tiga tapi cara bermain berbeza), ketingting, galah panjang, batu seremban, coke (main 'ayam' daripada penutup tin) sofbol (permainan tradisional ke??) dan banyak lagi permainan yang saya dah lupa. Pernah juga memanjat pokok (pokok paling tinggi dipanjat ialah pokok langsat. Memang tinggi!) Tapi memang menyeronokkan! Zaman kanak-kanak dulu penuh dengan daya pemikiran yang kreatif dan menyeronokkan. Kadang-kadang terfikir juga, dulu kami main tak kira jantina. Permainan lelaki pun saya ikut main (contohnya permainan 'tob' tadi). Dan pada akhir tahun selepas menjalani peperiksaan UPSR, saya mula bermain bola sepak bersama-sama budak lelaki. Memang seronok, kerana semuanya sporting.. =)

Apakah permainan budak-budak zaman sekarang??

._.


No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^