Followers

Monday, November 8, 2010

Dugaan Datang Lagi..

Kes ni lama dah berlaku, 1 November yang lepas.. Kebetulan datuk saya meninggal masa tu.. Semasa saya nak keluar tapau, tiba-tiba kereta buat hal. Rupa-rupanya, saya lupa tutup lampu semalaman! Aduhai, musim exam ni…Banyak dugaan… Saya terus minta bantuan kawan-kawan lelaki – Aboy, Wan dan Pawie. Saya berterima kasih banyak-banyak pada mereka sebab mereka sudi membantu saya walaupun sekarang ni sibuk dengan ulangkaji. Maklumlah pada keesokan harinya (2 Nov 2010) kami akan exam EDU3105.. Kita lihat langkah-langkah dalam ‘merawat’ kereta saya yang comel tu..

1. Cuba tolak dengan memasukkan gear satu (buat seperti menghidupkan enjin motosikal). Saya sendiri tak faham, saya tukang ambil gambar je..





2. Apabila langkah 1 tak dapat, mereka pergi pinjam jumper dari pihak pengangkutan maktab (jumper - penghidup enjin kereta kot, yang macam doktor guna untuk ‘mengaktifkan’ semula jantung manusia tu…).

3. Malangnya, jumper mereka tak ada, jadi mereka Aboy pergi pinjam jumper dari luar, bengkel di Desa Ilmu tu..

4. Nak guna jumper, tak pandai. Maklumlah kami semua tiada pengalaman. Datanglah seorang abang KPLI memberi pertolongan… Jumper yang dipinjam dari luar tu tak dapat digunakan, abang KPLI tu pinjamkan jumper dia… Hidupkan enjin kereta, tapi tak dapat juga… Wahai Kancilku, please!!!!











5. Akhirnya Kancilku tetap jua dengan rajuknya.. Abang KPLI tu dengan tangkasnya menanggalkan bateri Kancilku dan suruh kami bawa ke bengkel je untuk dicas.

6. Kami pun bawa la ke bengkel.. Petang tu, Aboy yang tolong saya menyambung semula bateri. Dan akhirnya… Kancilku hidup semula.. ^_^


Pengajarannya, jangan tahu bawa kereta je.. Kena ada asas dalam bab-bab mekanik ni.. Huhu..

TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MEMBANTU SAYA DALAM KESUSAHAN.. ABOY, WAN, PAWI DAN ABANG KPLI YANG SAYA TAK KENAL.. TERIMA KASIH.. JASAMU DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.. =)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^