Semalam, saya keluar awal semasa peperiksaan PSS3108 sedang dijalankan. Ramai kawan saya yang menunjukkan muka terkejut, tak kurang juga yang membuat muka selamba melihat saya. Sebelum ni, saya akan 'tabik spring' pada yang keluar awal sebab bagi saya, mereka dah dapat menjawab soalan dengan baik sekali. Tapi semalam saya dah dapat rasa. Rupa-rupanya, agenda keluar awal adalah disebabkan tiada jawapan lagi yang nak dimasukkan.. Sepertilah saya, bagi saya peperiksaan semalam memang agak mencabar. Memang padan muka saya, kerana kurang menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dalam kelas. Pensyarah mengajar, saya pula merenung buku, kadang-kadang melukis (saya takkan bermain/bercakap-cakap semasa guru mengajar). Kalau ada perkara yang ingin dicakapkan pada kawan pun, kami sekadar berbisik atau menulis apa yang ingin dicakapkan pada kertas.
Balik semula kepada perkara peperiksaan tadi, hari ni saya akan menghadapi peperiksaan PSS3111, juga subjek major. Saya bangun awal sebab nak buat 'touch up' terakhir. Peperiksaan nanti bermula pada jam 1430.. Huhu.. Go Skyliya Go!!!
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^