Followers

Wednesday, January 19, 2011

Bersedekahlah Walau Secebis Roti

Sedang menyidai kain di luar bilik, saya ternampak seekor kucing sedang merayau-rayau, mencari rezeki agaknya. Perutnya agak besar, mungkin mengandung. Maklumlah kucing betina. Kucing tu tengok saya, lalu datang ke arah saya. Pada mulanya, saya tidak mempedulikan kucing itu. Maklumlah saya dah mandi, jadi saya malas nak pegang dan belai-belai kucing tu.



Tapi, kucing tu memandang sayu ke arah saya. Argh! Panahan matanya tepat mengena anak mata saya. Timbul rasa kasihan lalu saya masuk ke bilik mencari makanan. Dalam almari, makanan yang ada cumalah sos cili Thai, garam, aji, dan roti bantal (dengan kata lain, bread). Tu je. Saya pun ambil bungkusan bread tu dan bawa ke luar. Kucing tersebut mula mengiau, maklumlah terhidu bau makanan. Tapi, maaf ya kucing, saya hanya mampu bagi bread je. Ntah kamu makan, ntahkan tidak..


Saya memberinya secebis demi secebis. Nak bagi satu keping roti tu, takut dia tak makan pula. Kan ke membazir.. Kucing tu makan sampaikan dia tak makan secebis yang terakhir. Saya cakap kat dia, "mesti habiskan, jangan membazir." dalam bahasa Bidayuh. Nak saya terjemahkan? "mesti mu kabuo eh, ma nyua pinguman." Hehe..

Saya suap kucing tu, dan habislah roti sekeping tu.. Saya harap kucing tu dah kenyang. Kesian pula saya tengok, maklumlah kucing mengandung. Saya teringat pula kucing peliharaan saya di rumah, dia sungguh bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Setiap minggu saya balik ke rumah, saya akan memandikannya dan membelainya seperti anak sendiri. Chewah!! Tapi sekarang ni dia kekurangan kasih sayang la, maklumlah ibu saya tak seberapa suka kucing. Dia bagi makan je. Kalau bapa saya, dia sayang kucing tapi dia sibuk bekerja.






Jadi, bersedekahlah walau secebis roti.. :)

._.

1 comment:

  1. lain kali aku nak test bagi kucing man roti lah len kali kalu diorang mintak. huhu

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^