Followers

Wednesday, January 12, 2011

Hari Yang Sejuk!

Petang yang sejuk!!! Sebetulnya, hari yang sejuk!! Hari ini sememangnya hari yang sejuk, dan merencatkan perjalanan saya. Maksud saya, kalau saya rasa sejuk amat, rasanya malas pula nak keluar jalan-jalan, joging ataupun lepak-lepak ke bilik kawan. Lebih baik berkelubung, baring menikmati indahnya di alam pembaringan di bilik sendiri. Chewah! Tapi sebenarnya, memang saya jarang lepak-lepak di bilik kawan (di asrama la). Kalau dalam seminggu, hampir-hampir 0%. Tapi dalam 1 bulan, agaknya adalah sekali. Tu pun bukan lepak namanya, tapi saya ke bilik kawan disebabkan ada hal-hal tertentu seperti kerja perbincangan, tugasan dan yang sama waktu dengannya.

Berbalik kepada topik 'Hari Yang Sejuk' ni, saya terfikir juga nak keluar joging tadi. Tapi saya nak ajak siapa? Dan rasanya kalau ajak kawan pun, tentulah mereka tak mahu, maklumlah cuaca sejuk.. Nak joging sorang-sorang, ermmm, seganlah. Tahun lepas saya pernah keluar joging sorang-sorang di balapan IPG Kampus TAR. Tapi yang membuatkan saya segan ialah banyak mata yang memandang. Saya nak buat tak peduli, tak dapat juga. Ada-ada je benda yang saya fikirkan salah. Contohnya, ''Seluar saya terbalik ke?", "Ada tahi mata ke?", "Cara saya lari ni pelik agaknya?" ataupun orang yang memandang tu berfikir, "Joging sorang-sorang, tak ada kawan ke?"

Maklumlah saya ni bukanlah atlit, ataupun pelari yang dah biasa ikut bersukan. Jadi saya rasa tak biasa dan segan untuk meneruskan acara joging sorang-sorang. Tapi kalau dilihat, sebenarnya ramai jugalah guru pelatih yang berjoging sorang-sorang. Tapi (lagi), rata-ratanya ialah atlit! Hehe..

Hari yang sejuk ni, saya mengabiskan masa dengan tidur (dari jam 1400-1600), online baca berita sambil makan biskut dan kalau boring, buka sekejap kdrama My Girlfriend Is A Gumiho (dari jam 1600-1700) dan selepas itu menggeliat sekejap dan pergi mandi. Selepas mandi, online lagi. Selepas mengisi blog ni, saya nak siapkan sedikit tugasan ISL PJ dulu. Dan pukul 7 selepas maghrib nanti, saya nak keluar tapau dengan teman.=)

Malam nanti, rasanya saya nak buat kerjalah. Tiap-tiap kali bermulanya semester baru, azam saya ialah TAK MAHU MENYIAPKAN KERJA PADA SAAT-SAAT AKHIR. Tapi, iyalah, selalu je saat-saat akhir. Haha! Hari yang sejuk ini, saya nak tidur awal. Pukul 10 nanti. Selepas menonton Kdrama sekejaplah. Tabiat saya sebelum tidur ialah menonton Kdrama. Hehe.. Apa yang anda buat pada hari yang sejuk ni??

._.

1 comment:

  1. masa sejuk, saya pakai sweater maktab. hehe
    tak perlulah fikirkan apa yang orang fikir tengok kita berlari. =P
    tapi lebih elok joging berteman sebenarnya. huhu

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^