Jalan cerita filem Hachiko ini diceritakan oleh seorang rakan lama merangkap bekas rakan sekelas sejak dari Darjah 1 hinggalah ke Darjah 6, dan seterusnya Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Selepas mendengar ceritanya, memang terus mengalir air mata walaupun saya berusaha untuk menahan. Balik sahaja ke maktab, terdetik hati saya untuk melayari internet, pergi ke Wikipedia untuk mencari penulisan berkenaan kisah anjing yang setia ini. Selepas membaca kisahnya, sekali lagi air mata ini mengalir. Walaupun saya tak seberapa berminat terhadap anjing (kerana saya lebih cenderung terhadap kucing!), tapi kisahnya amat mengharukan saya. Nak tahu lebih lanjut tentang kisah Hachiko ni, sila buka Hachiko ini.
Secara ringkasnya, kisah bermula apabila seorang pelajar membuka kisah datuknya bersama seekor anjing yang setia. Anjing tersebut semasa kecilnya telah ditemui oleh Prof.Parker Wilson apabila sangkar anjing tersebut terjatuh semasa dalam perjalanan ke kereta api. Prof.Parker membawa anak anak anjing tersebut balik ke rumah, tetapi tidak diterima oleh isteri profesor tersebut. Selepas melalui beberapa perkara, akhirnya anak anjing tersebut diterima dan dinamakan 'Hachi' yang bermaksud good fortune ataupun nombor 8.
Selepas beberapa tahun, Hachi semakin membesar dan rapat dengan tuannya. Tetapi Hachi tidak seperti anjing lain, kerana dia tidak menangkap bola yang dibaling sebagaimana anjing yang lain. Setiap hari, Hachi akan menghantar tuannya ke stesen kereta api dan menunggu tuannya balik dari kerja pada petangnya.
Pada suatu hari, Hachi enggan mengikut tuannya ke stesen kereta api dan tuannya berjalan seorang diri. Tetapi Hachi mengejar tuannya dengan menggonggong (rasanya) bola. Tuannya amat terkejut dan gembira dengan perlakuan Hachi itu. Namun begitu, pada hari tersebut juga tuannya meninggal dunia akibat serangan jantung semasa di tempat kerja.
Hachi menunggu tuannya sehingga lewat petang, tuannya tetap juga tidak memunculkan diri. Sehinggalah anak menantu Prof.Parker Wilson datang mengambilnya. Tetapi pada keesokan harinya, Hachi datang semula ke tempatnya selalu menunggu tuannya dan menunggu kedatangannya. Penantiannya bertambah selama beberapa tahun sehinggalah Hachi mati.
Sedihlah cerita ni.. Siapa yang pernah menonton cerita ni? Saya cuma dapat tengok trailernya je, melalui youtube. Ni dia - Hachiko
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^