Followers

Friday, February 25, 2011

Bayi Comel





MyMetro hari ini memaparkan kisah pemerdagangan manusia atau lebih menjurus kepada bayi. Comel sekali! Sebab tu la orang sudi beli rasanya. Huhu... Sampai hati sang ibu yang melahirkan bayi tersebut. Saya pernah membaca suatu kisah tentang penukaran bayi ni. Tapi saya lupa dari mana.

Kisahnya macam ni, ada seorang jururawat wanita. Dia akan menukar bayi kalau si ibu tak suka bayi tersebut. Lebih-lebih lagi kalau si ibu suka bayi yang berlainan jantina. Lebih senang lagi, si ibu ni mengharapkan bayi lelaki, tapi dia melahirkan bayi perempuan pula. Lalu si nurse ni pun tukarlah bayi tersebut. Lebih senang sekiranya terdapat dua permintaan - Si A inginkan bayi lelaki dan Si B inginkan bayi perempuan. Senanglah dia tukar bayi tersebut.

Jadi, sampailah masanya si nurse ni menunaikan haji. Dia pergi bersama anaknya. Sampai sahaja di sana, apabila dia nak melihat kaabah, matanya tiba-tiba tak berfungsi. Pandangan menjadi gelap. Dia kecewa sekali. Si anak juga hairan.

Kali kedua si nurse pergi, masa tu dia memang dah memastikan yang matanya dapat berfungsi dengan baik. Sampai masa nak melihat kaabah, sekali lagi matanya tidak berfungsi. Sekali lagi pandangannya gelap. Betapa kecewanya dia apabila tidak dapat melihat kaabah. Sampailah kali ke-7 dia pergi menunaikan haji, dia tetap tidak dapat melihat kaabah.

Si anak berasa hairan dengan keadaan ibunya itu. Si anak tertanya-tanya, apakah salah ibunya sampaikan dia tidak dapat melihat kaabah. Lalu, si anak pun mencari orang yang berpengalaman (tapi saya lupa siapa namanya dan dari mana asalnya). Dan si anak meminta ibunya menghubungi ulama tersebut.

Tanya punya tanya, akhirnya si nurse pun memberitahu ulama tersebut. Betapa besarnya dosa si nurse, kerana menukar bayi. ulama tersebut menerangkan lagi, penukaran bayi akan menjadikan keturunannya tidak jelas. Dalam agama Islam, sememangnya mementingkan keturunan.

Pengakhiran cerita ini, saya kurang jelas. Seingat saya, saya dapat dari email seorang sahabat. Kalau berminat, Google lah ya.. Tapi ceritanya memang menarik dan menginsafkan.

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^