Followers

Thursday, February 24, 2011

Mencuit Hati…

Selepas beberapa minggu kesedihan merindukan kehadiran Madang kesayangan, bapa membawa balik 2 ekor anak kucing; 1 jantan dan 1 betina. Pendapat saya berkenaan kucing-kucing tersebut ialah :

  • · Tak comel langsung.. Tak macam Madang…
  • · Kotor..
  • · Berbau
  • · Warna tak cantik
  • · Kurus

Tapi, saya tetap menerima kehadiran mereka. Pandang saja mata mereka, saya dapat merasakan perasaan mereka. Mereka bersyukur kerana dibawa ke rumah kami. Bapa saya kata, kucing-kucing tu kucing liar di tempat kerja bapa saya. Mereka hidup bergantung kepada makanan yang diberi oleh pekerja di situ. Kalau makanan terhad, alamatnya mereka berebut. Lebih-lebih lagi kucing situ sangat banyak.

Bapa saya kata lagi, badan mereka kotor kerana keadaan sekeliling yang menyebabkannya macam tu. Di situ, penuh dengan debu dan berbatu. Maklumlah tempat membuat simen dan batu kelikir. Kucing-kucing tu menumpang di kuarters pekerja di situ. Kucing-kucing tu tiada yang punya, bak kata orang, kucing liar.

Saya tanya bapa, kalau kucing liar, kenapa bapa boleh tangkap dan bawa balik? Bapa kata, dia selalu memberi kucing-kucing di situ makan. Dia akan memanggil mereka “mi mi mi mi mi mikk..” Dan kucing-kucing itu akan datang. Bapa saya suka kucing, walaupun kucing-kucing di situ kotor dan liar, dia tetap menyayangi mereka. Dan kebetulan pula saya kehilangan Madang, jadi dia pun bawalah 2 ekor balik. Bapa faham perasaan saya, kerana saya sama seperti dia. Tapi saya lebih rapat dengan ibu. Jadi, saya anak ibu, tapi sifat macam bapa. =p

Hari pertama 2 ekor kucing tu di rumah, mereka agak ‘pemalu’. Menyorokkan diri, tak mahu keluar dari tempat persembunyian. Bapa kata biar je. Mereka lapar nanti, pandailah mereka keluar. Betul kata bapa. Semasa kami makan tengah hari, kucing-kucing tu mengiau tapi belum keluar dari tempat mereka bersembunyi. Bapa suruh saya letak nasi campur ikan kat pinggan (bekas pinggan Madang T_T) dan biarkan saja. Saya menyorok belakang pintu dan menunggu tindakan dari kucing-kucing tu. Rupa-rupanya mereka bersembunyi di bawah papan! Tak jauh dari dapur. Perlahan-lahan, mereka pergi ke pinggan Madang dan makan. Timbul rasa sayang dan rasa seronok melihat gelagat mereka!

Tengah hari itu, selepas kucing-kucing tu makan, saya ambil mereka dan mandikan mereka. Ibu namakan mereka Oren dan Orak. Hehe.. Oren dan Orak, saya sayang kamu semua!

Di bawah ni, gambar Oren dan Orak selepas mandi. Comel pula ~~ (^_~)v


Dari kiri : Oren (jantan), Orak (betina)

Oren, macam boring je muka. Cubit nanti baru tau!

Saya suka kucing sebab mereka manja...(>_<)

Baiknya Oren terhadap Orak... Comel..~~


._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^