Followers

Thursday, February 17, 2011

Kucingku Hilang..


Selepas beberapa minggu menghilangkan diri tanpa khabar berita, saya kembali dengan pelbagai cerita suka duka yang telah saya alami. Bermula pada cuti Chinese New Year, saya balik ke kampung untuk bercuti bersama keluarga. 28 Januari saya balik. Memang seronok la, maklumlah balik bercuti..

Tapi apa yang menyedihkan, pada 29 Januari 2011, Madang kesayangan saya hilang.. Sebak rasa hati semasa mencarinya. Mula-mula, saya ingat dia keluar bermain je, maklumlah dia dah besar. Tapi pada keesokan harinya, saya mencarinya sekeliling rumah, memanggilnya kuat-kuat. Tetap tiada kelibatnya. Air mata saya dah bertakung. Tak tertahan lagi, namun saya masih juga mencarinya. Madang... Madang... Hari tu, memang saya rasa sedih sangat. Madang, saya rapat sangat dengannya. Sampaikan saya sanggup balik kampung setiap minggu untuk bermain dengannya.

Tetapi mulai hari itu, saya dah tak dengar lagi bunyinya mengiau, bunyinya berlari sepanjang ruang tamu, bunyi mak saya menjerit kerana madang mencakar kakinya.. Sedih sangat.. Saya menaip sekarang pun, saya rasa sebak. Beberapa malam saya bermimpikan madang, saya bermimpi dia kembali. Saya dengan adik-adik saya sangatlah gembira. Dan saya terbangun dari tidur, mencarinya lagi. Tapi hampa, madang tetap tiada. Saya pasrah, madang dah hilang, dah diambil orang. Dengan kata lain, dicuri. Nak kata sesat, mustahil sebab madang tak pernah bermain-main jauh dari kawasan rumah. Tambahan pula, memang kawasan rumah saya berdekatan dengan jalan yang sering dilalui orang untuk ke Sungai Adis Buan.

Madang, kini saya saya dah dapat menerima kehilanganmu. Walau di mana kamu berada sekarang, semoga kamu bahagia bersama tuan barumu. Saya akan sentiasa merinduimu.. Dalam banyak-banyak kucing, kamulah yang terbaik. Miss you madang.. =(

._.

1 comment:

  1. madang... memang kucing kesayangan kalu dah ilang mesti kita akan terasa kehilangannya. lebih2 lagi kalu tiada hilang di mata yang tiada kuburnya... sabar ya buat penulis...

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^