Walaupun agak lambat gara-gara saya menghilangkan diri, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat rakan blog saya, Mamat kerana menganugerahkan award untuk saya. Dan membanggakan, saya mendapat tempat keenam. Hihi.. Terima kasih mamat! Selepas reda daripada frust, saya kembali dengan lebih ceria. Tapi bulan ini kami sememangnya sibuk dengan pelbagai aktiviti! Dan berita gembira tapi juga berita sedih, saya telah pencen dari menjadi ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Pelbagai kenangan pahit manis menjadi ahli JPP ni, tetapi lebih banyak manisnya! Saya berasa seronok menjadi ahli JPP, banyak yang saya pelajari. Tapi, pencen jelah, bagi peluang kat orang lain pula. Hehe..
Sekali lagi, terima kasih mamat! Saya akan selalu aktif menghadap blog mulai hari ini. Harap-harap tak sibuk sangatlah. Apapun, saya seronok ber'blog'. Maklumlah saya tak ada Facebook. Haha!!!
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^