Followers

Wednesday, February 23, 2011

Isteri Panas Baran Menetak Suami

Sambil bersarapan pagi, saya melayari laman web MyMetro untuk mengetahui isu-isu semasa. Banyak berita yang saya dapati menarik, selain Metro Online ini juga tidak terlalu memaparkan isu yang lebih kepada pro-politik. Apa yang menarik perhatian saya kali ini ialah berkenaan isteri panas baran yang menetak suaminya. Tak habis-habis dengan isu gaduh.. Agaknya inilah trend masa kini. Kalau sebelum ni Metro memaparkan kesengsaraan si isteri yang sering didera suami, kini muncul pula kisah isteri tetak suami. Memang menggerunkan..

Saya tak berani nak komen apa-apa, cuma ingin saya katakan, saya kecewa dengan isu-isu masa kini. Menakutkan, menggerunkan.. Saya harap, saya lebih berani untuk menghadapi isu-isu pada masa hadapan.

Entah apa lagi yang akan berlaku pada masa hadapan kan? Teringat pula kata-kata nenek saya, dia kata macam ni, "Dunia sekarang, banyak yang berlaku. Nasib baik saya dah tua dan akan mati tak lama lagi. Kamu orang muda, harus lebih berani menghadapi apa-apa kemungkinan pada masa hadapan."

Bunyinya macam mementingkan diri sendiri, tapi memang betul juga apa yang nenek katakan. Saya sendiri pernah terfikir, alangkah beruntungnya orang tua sekarang, tak payah susah hati memikirkan apa akan terjadi pada masa seterusnya. Tapi sesekali saya terfikir, orang dulu-dulu pun menghadapi masalah juga, walaupun dalam bentuk yang berbeza. Tapi (lagi), saya rasa dunia masa kini lebih parah! T_T

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^