Followers

Saturday, April 2, 2011

Datuk? Dato'?

Telah pun tamat minggu kedua di sekolah, saya menarik nafas lega. Rasa nak cepat-cepat habiskan minggu praktikum ni. Walaupun memang seronok dan banyak pengalaman baru yang saya peroleh, tapi saya rasa letih.. Agaknya, macam nilah jadi guru kelak. Saya harap, lama-lama saya akan dapat membiasakan diri... T_T

Adalah suatu ketika semasa dalam bilik guru, semasa sedang tekun menyediakan RPH, seorang guru telah membangkitkan isu berkaitan gelaran Dato' dan Datuk. Pernah juga saya tertanya-tanya apakah perbezaan antara kedua-dua gelaran tersebut, tetapi penyakit malas yang menguasai diri menyebabkan saya tidak mencari jawapannya. Dan persoalan yang dibangkitkan oleh guru tersebut tidak dapat dijawab oleh sesiapa kerana berbeza pendapat dan jawapan. Dan jawapan pula tidak dapat dipastikan betul atau kurang tepayt. Hik7x..

Selepas mandi tadi, timbullah sifat rajin untuk mencari maklumat. Pada mulanya, saya merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, tapi jawapannya kurang jelas. Maklumlah kamus edisi lama. Lalu, saya mula menggoogle untuk mencari perbezaan antara kedua-dua gelaran tu. Akhirnya, jumpa! Saya jumpa di DBP.

Dato' - Gelaran kehormat yang diterima oleh penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan/ Raja.

Datuk - Gelaran kehormat yang diterima oleh penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Yang Dipertua.

Akhirnya, terjawablah sudah persoalan yang bermain-main di minda ini. Baru puas hati rasanya!=)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^