Followers

Wednesday, March 23, 2011

...

Letih`` Itu je yang dapat saya katakan. Imbas kembali apa yang telah saya lakukan hari ini, saya ada masuk ke kelas. Dan murid-muridnya, tak ramai (kurang dari 20 orang) tapi perangai... Sabar jelah. Nasib baik saya ni tabah sikit (perasan). Kalau orang yang mudah menangis, menangis agaknya. Degil, disuruh berdiri tak mahu.. Disuruh jadi ketua, tak mahu.. Sedangkan kalau saya tanya "Siapa mahu jawab soalan ini?" Semua angkat tangan, tapi disuruh jawab, tak juga jawab betul-betul. Saya cakap, mereka cakap. Yang buat begitu, kebanyakannya murid lelaki. Murid perempuan, patuh. Aduh... Esok lagi. Saya akan cuba pula cara baru. Sekarang nak buat RPH, untuk 2 subjek (PJ & PSK). Kelas tu lagi. Arrgghhh....

Petangnya, turun melatih budak main bola baling. Padang, boleh dibuat lembu berkubang. Balik ke asrama, rakan-rakan terkejut melihat pakaian yang penuh dengan lumpur. Eeee... Nak buat macam mana. Macam nilah jadi cikgu kelak. Sekolah banjir, susah hati juga. Padang lecak, teruskan saja latihan. Minggu depan dah pertandingan. Yang penting, budak seronok belajar, belajar perkara baru, dan saya sendiri belajar perkara baru. Dan belajar macam mana nak kawal budak. Ish, ish, ish...

._.

3 comments:

  1. dkt skolah mana practical ni?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Be strong..
    Yang pentin tunjukkan keikhlasan kita semasa mengajar :)

    ReplyDelete
  3. YuNNa : Kak, saya kat SK Tanjung Tuang, Samarahan. Murid tak ramai, tapi tetap memenatkan. Belum lagi pergi ke sekolah yg muridnya ramai. Huhu... 2 minggu lagi. Tak sabar-sabar tunggu semua ini berlalu.. T_T

    Syam : Salam bang Syam.. Makaceh ya! Setakat ni saya dh mula dapat 'menjinak-jinakkan' diri dengan suasana di sekolah. masa kena observe oleh pensyarah pbimbg kan, tau tak apa komennya? 1 je komen negatif, "jgn suka ugut murid." Haha....

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^