Pernah seorang sahabat bertanyakan nama blog saya ni. Mengapa pilih 'Ku Masih Mencari'? Mula-mula dulu, lain nama blog saya ni. Lupa dah apa namanya. Tapi selepas beberapa kali tukar nama, akhirnya lahirlah sebuah 'Ku Masih Mencari'. Dan saya selesa dengan nama blog saya ni. Setakat ini.
Agaknya, mesti ada segelintir yang memikirkan kenapa ianya diberi nama macam ni? Adakah Skyliya ni nak mencari cinta? Ataupun mencari special boipren? Jawapannya, 'No,no,no.'
Skyliya mencari-cari kebenaran. Kebenaran yang hakiki, yang abadi. Walaupun kebenaran itu masih kurang jelas dan nampak kabur, namun Skyliya tetap akan berusaha. Mencari sehinggalah ketemu juga kebenaran tersebut.
Walaupun jawapan saya ni tidak menunjukkan jawapan sebenar, mempunyai isi-isi tersirat, saya masih belum bersedia untuk meluahkan segalanya. Biarlah segalanya terpendam di dalam hati. Sehinggalah suatu hari nanti, saya berharap saya dapat menemui kebenaran tersebut. Sabar sahajalah jawapannya.
~Ku Masih Mencari~
._.
Tweet
Teruskan mencari dan mencari... sehingga menemui cahaya dan terpadam segala kesamaran... jgn putus asa ok.. =)
ReplyDeleteTukar nama tu, jadi tolonglah ku mencari..hehe :)
ReplyDeleteMiss Sunshine: Iya... Moga-moga saya takkan berputus asa. Saya mmg akan berusaha hingga saya berjaya menemuinya. Hihi..
ReplyDeleteSyam: Kenapa pula mesti ada perkataan 'tolong'? Nak minta tolong dari abg syam ke? abg syam kan jauh nun di utara.. Hee..