Saya agak geram dengan diri saya. Hari ini kami telah menghantar satu lagi kerja kursus. Dan tinggallah 1 lagi kerja kursus yang belum dihantar. Saya ingat nak siapkan kerja kursus tersebut malam ni, tapi penyakit malas datang lagi! Tolong! Tolong!
Saya mempunyai banyak perancangan, dan saya sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan perancangan tersebut. Tetapi MALAS ni datang mengganggu saya menyebabkan saya mempunyai simptom-simptom MALAS. Geram ada, rasa selesa pun ada. Maklumlah malam tadi tidur lewat dan bangun pula awal, jadi saya malas nak buat kerja malam ni.
Saya mementingkan kualiti tidur. Kalau orang lain, mereka akan menyiapkan kerja dulu, baru tidur. Kalau saya, ehem-ehem.. Kalau dah pukul 12 malam, saya akan mengantuk, mood menjadi tidak baik dan akan memikirkan untuk tidur sahaja. Jadi, walaupun kerja saya belum siap, saya akan pergi berus gigi dan tidur. Kerja, esok cerita. Kalau perlu dihantar esok, saya kenalah bangun awal. Kenalah pandai-pandai estimate jangka masa penyiapan kerja tersebut.
Kalau tak mahu tidur lewat dan bangun awal, alamatnya siapkan kerja awal. Jangan buat kerja pada saat-saat akhir. Tapi lumrah manusia, selagi ada masa lapang, selagi itu masa tersebut diisi dengan hobi. Haha..
Dan sekarang ni penyakit MALAS ni masih menguasai diri. Kerja masih banyak, tapi MALAS nak siapkan. Esok jelah buat. Tapi Ronan Keating kata "Tomorrow Never Comes". Jadi, esok menjadi lusa dan lusa menjadi tulat dan kerja tak siap-siap sehinggalah ke saat-saat akhir. Perkara biasa dan akan kekal misteri.
Sekarang waktu untuk bergolek-golek atas tilam!! Yeah!!!
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^