Followers

Thursday, August 25, 2011

Projek Mural

Salam sejahtera..

Hari ini, hari kedua terakhir saya menjalani praktikum di SK Dato' Mohd Musa. Projek Mural kami sudahpun siap dengan jayanya. Kami menulis 2 bahagian, iaitu Rukun Negara dan Pepatah Melayu. Kenapa Rukun Negara dan pepatah Melayu? 

Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara dijadikan sebagai panduan serta amalan cara hidup, terbentuk setahun selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, terbentuknya 5 Prinsip Rukun Negara adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di seluruh negara Malaysia yang tercinta ini.  Sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum : Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Orang Sabahan dan India. Terdiri daripada 1 bangsa sahaja, iaitu bangsa Malaysia.

Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang, 
Kesopanan Dan Kesusilaan.

Diharapkan, dengan tertulisnya 5 Prinsip Rukun Negara di dinding sekolah dengan hiasan yang menarik, semoga murid-murid dapat menghafal prinsip-prinsip tersebut dan menghayati serta mengamalkannya. Mungkin terdapat segelintir yang tidak memahami konsep prinsip-prinsip tersebut, tetapi cukup bagus kiranya mereka dapat menghafal dan mengamalkannya. 

Berkenaan pepatah Melayu pula, kami memilih pepatah berbunyi begini, 

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." 

Pepatah Melayu kian dilupakan, rata-rata murid kurang memahami pepatah ini. Maksud pepatah ini ialah,

Selagi kita tak berusaha, selagi itulah kita tak mendapat hasilnya...

Pepatah ini kami tujukan khas buat murid-murid SK Dato Mohd Musa. Buanglah sikap malas, tanamkan sikap rajin berusaha sehinggalah berjaya. Dan jangan mudah sangat berpuas hati dengan kejayaan kecil yang ditempa, sebaliknya teruskan berusaha untuk mendapat kejayaan yang lebih besar. Kejayaan dalam mengerjakan pekerjaan yang baik la, bukan yang tak elok...

Saya tak sertakan gambar hasil mural kami. Gambar akan di'upload' kemudian. Selamat malam..=)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^