Followers

Thursday, August 25, 2011

Kenapa Tak Buka Facebook?

Dicedok dari Google.

Soalan : Ada Facebook tak?
Jawapan saya : Tak ada.
Soalan : Betul ke ni takda facebook?? Jangan nak tipu saya.
Jawapan saya : Betullah. Percaya saja. Hehe..
Soalan : Kenapa tak buka facebook? Zaman sekarang ni, nenek tua pun ada facebook. Budak kecil pun dah ada. 
Jawapan saya : Dulu saya mempunyai akaun facebook, dengan nama sebenar saya sendiri, HJH. Tak lama selepas tu, saya tutup akaun. Cuma dapat bertahan selama beberapa bulan je.
Soalan : Oo.. Kenapa tutup akaun?
Jawapan saya : Saya tak dapat nak balas semua komen yang kawan-kawan bagi. Dulu, saya ada facebook tapi kurang aktif. Dalam sehari tu, saya cuma ber'facebook' selama lebih kurang 1 jam saja. Itupun saya cuma membaca post orang. Saya jarang membalas post yang orang bagi pada saya, kalau saya balas pun dengan jawapan yang agak pendek. Kemudian, saya dikatakan sombong kerana jarang buka facebook. Selain itu, saya sering membaca post segelintir kawan yang mengaibkan kawan sendiri, walaupun bukan disebut namanya. Satu dunia akan tahu. Mungkin perkara itu sekadar untuk menyebarkan berita, tetapi ianya lebih kepada mengaibkan kawan sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Jadi, saya memilih untuk tiada facebook. Kalau saya dijadikan topik di wall facebook pun, saya takkan tahu. Mungkin satu dunia tahu, tapi lebih baik saya tak tahu daripada saya sakit hati dan berbalas-balas pula sindir-menyindir. Biarlah saya begini, ber'blogwalking' saja, menjadi pembaca senyap, kadang-kadang saja bagi komen kat blog orang. Biarlah orang kata saya tak ramai kawan, sebab saya bukan begitu. Saya ialah saya.=)

Ya, saya tidak mempunyai akaun Facebook. Jangan terkejut yaa... Saya lebih suka begini sebenarnya, daripada menjadi pengguna Facebook yang 'makan facebook, tidur facebook, minum facebook' maknanya 'facebookers' yang mengalami ketagihan. Ketagihan Facebook.=D

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

._.

6 comments:

  1. Xperlu ada fb pn xpa..lagi aman kmk asa xda fb. hehe

    ReplyDelete
  2. Aha.. Betul juga la tu kan?? Cuma agak ketinggalan la sebab rakan sekelas selalunya buat pengumuman melalui Fb.. =P

    ReplyDelete
  3. takpe.. akak pun takde fb jugak... ^_^
    tapi ramai jugak kawan2 suruh bukak akaun fb, lagi2 masa dpt posting sarawak... tapi, akak buat keputusan, nak ada blog je... hmm, tengok lah.. kalau dapat keizinan, baru bukak fb tu kot..

    ReplyDelete
  4. Sama la kak.. Ramai juga kawan suruh buka Fb. Saya cuma dapat jawab, belum sampai masanya. Hehe..

    ReplyDelete
  5. hehehehe....betul3...dulu saya xnak buka fb..tapi semenjak dh ada fb, byk jejak kasih saya lalui termasuk berjumpa secara maya dengan guru2 yg mengajar saya dulu, rakan2 yg di luar negara lama xdgr berita...saudara mara pernah dgr nama tapi xpernah jumpa...fb menemukan..huhuhuhu...

    apa2 pun, semuanya terletak pada insan yg menggunakan fb tu utk tujuan apa...TUHAN memberikan kita akal utk bfikir dan menggunakan sesuatu utk tujuan yg baik..

    itulah pendapat saya..terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Betul juga kan?
    Facebook memang ada baik buruknya.
    Mungkin Fb lebih banyak kebaikan,
    tapi saya cuba nak mengelak keburukan.
    Tu je. Hihi..=)

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^