Followers

Saturday, January 21, 2012

Selamat Bercuti!

Tinggal lebih kurang setengah jam lagi saya akan bertolak balik. Kami akan bercuti selama seminggu, dan seterusnya menjalani praktikum selama tiga bulan, dari 30 Januari 2012 sehinggalah ke 27 April 2012. Sebelum menjalani praktikum yang mencabar, lebih baik saya bercuti habis-habisan bersama keluarga dan tak lupa, kucing! Tahniah pada diri saya, kerana si Orak sudah selamat melahirkan anak pada minggu lepas. Saya belum tengok lagi anak-anaknya, memandangkan minggu lepas saya tak pulang ke kampung. 

Jadi, hari ini saya akan pulang ke kampung. Sebelum pulang ke kampung, saya, mak dan adik perempuan pergi jalan-jalan dulu ke India Street. Membeli barang-barang yang dirasakan perlu sambil tak lain tak bukan, mencuci mata! Sebenarnya, ingin melepaskan gian untuk jalan-jalan. Hajat di hati mahu shopping sakan, tapi keadaan kewangan tak mengizinkan saya berbuat sedemikian. Cukuplah bawa mak jalan-jalan. Hehe.. Anggota keluarga lelaki pula (Bapa, abang dan adik bongsu) tak seberapa suka nak jalan-jalan. Bagus juga kalau tak bawa mereka.=D

Tahun Baru Cina, saya di rumah saja. Maklumlah orang Cina tutup kedai. Nak pergi ke rumah kawan-kawan kaum Cina? Siapa? Rachel? Dia tak sambut sangat, lagipun dia jauh nun di Betong. Hehe.. Siapa lagi kawan saya yang Cina? Kak Jennet (bekas rakan sebilik saya), Kak Baboo, Kak Lung-lung, Kak Siew, Kak Fang.. Rindu pula pada kenangan lalu. Mereka sangat baik dan melayani saya seperti adik mereka. Entah apa khabar mereka agaknya?

Sekarang ni saya nak bersiap. Tak sabar-sabar nak pulang kampung. Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina seluruh Malaysia.^_^

._.

Thursday, January 19, 2012

Keseorangan...

"Taklimat Praktikum nanti pukul 2 petang kan? Alang-alang pula nak balik. Saya tinggal di kelas sajalah."

Habis kelas pukul 1 tu, saya bergegas ke koperasi IPG untuk membeli waffle inti chocolate + susu. Manis.. Balik semula ke kelas, tiada orang. Kawan-kawan yang lain sudah balik ke asrama.Tapi di kelas sebelah masih terdapat beberapa orang guru pelatih dan seorang pensyarah - membincangkan berkenaan Kajian Tindakan barangkali.

Saya melayari beberapa laman web sambil menikmati kemanisan waffle tersebut. Disebabkan lapar, saya mampu menghabiskannya dalam masa yang singkat.

Sunyi~

Sunyi~

Sunyi~

Saya memandang sekeliling. Sememangnya sunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 petang. Saya mengemas barang. Rasa takut mulai datang, namun saya berusaha menenangkan diri. Saya mengemas barang secepat mungkin. Timbul sedikit rasa menyesal kerana duduk berseorangan. 

Selesai mengemas barang, saya tutup suis lampu dan kipas dan keluar. Orang di kelas sebelah sudah pergi! Saya melajukan langkah. Terbayang-bayang perkara yang kurang elok. Dasar penakut. Saya mempercepatkan langkah menuruni tangga. Akhirnya, saya rasa selamat apabila melihat beberapa orang guru pelatih sedang lepak di koperasi. Lega.. 

Sekarang ni sudah duduk menaip di Dewan Asajaya. Cuma beberapa orang saja yang sudah sampai. Mana kawan-kawan saya ni? Tapi, ketakutan itu sudah tiada. Hehe..

._.

Wednesday, January 18, 2012

Hey Ladies! Waspada Ya~~


Bangun dari tidur (suka sangat tidur petang, menambahkan kemontelan badan), saya pasang lagu dalam handphone sambil pindah-pindah barang dalam laptop. Kemudian, sampai giliran lagu 'Hey Ladies' yang dinyanyikan oleh Rossa, penyanyi popular dari Indonesia.


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau dibilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati  juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


Hey ladies jangan mau dibilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati  juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong


Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati  juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong


Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Dalam kehidupan, kita jatuh cinta, bercinta dan kahwin. Ada yang kahwin dulu baru bercinta. Kalau tiada  jodoh, putus di tengah jalan. Tapi pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Puan pensyarah kami pernah berkata, 

"Cinta kedua, ketiga dan seterusnya takkan setanding cinta pertama. Cinta pertama sayang sepenuh  hati. Tapi kalau putus, dan mengalami cinta kedua, perasaan itu tak sehebat cinta pertama lagi kerana pengalaman mematangkan kita."

Andai cinta pertama itulah jodohnya, amat beruntunglah dia. Semoga cintanya kekal sampai akhir hayat. Namun, andai cinta pertama tersekat di tengah jalan, masih ada cinta kedua dan seterusnya. Namun wahai wanita, jangan mudah jatuh cinta. Orang kata, 'Don't judge the book by it's cover.'

Lelaki yang berpenampilan kacak, kemas dan menarik, tak semestinya mempunyai sifat yang elok. Dan lelaki yang berpenampilan comot, kotor dan hodoh pula tak semestinya mempunyai sifat yang tidak elok. manalah tahu kan, dia baru balik dari kerja kontrak ka..=D

Apapun, fitrah manusia. Ingin mencintai dan dicintai. Tapi kalau salah pilih, diri sendiri merana. Saya teringatkan seorang sahabat yang sangat saya sayang. Dia baru saja putus cinta dan dia redha. Saya sendiri terkejut apabila dia memaklumkan bahawa dia dengan buah hatinya sudah memutuskan ikatan cinta tersebut. Tapi saya tak beranilah nak katakan teman lelakinya itu jahat. Mungkin dia ada situasi tertentu yang menyebabkan hubungan mereka terputus di tengah jalan. Daripada tragedi tersebut, saya ingin memberi pendapat. Pada pendapat saya, lelaki... 

Tak boleh nak berjauhan dengan kekasih hati. Untuk yang belum berkahwin la... Kalau dah berjauhan tu, jumpa dengan perempuan yang lebih sempurna di matanya, pasti akan jatuh cinta lagi. Lelaki sentiasa perlukan perhatian wanita. Kalau berjauhan, tak mustahil lelaki akan jatuh cinta lagi. Sang kekasih hatinya siang malam teringatkan dia, merindukan dia, risaukan dia kerana dia tak balas mesej dan jawab panggilan telefon, dia pula sibuk bercinta dengan wanita lain.

Jadi, berhati-hatilah apabila memilih lelaki. Pendapat saya lagi, jangan meletakkan 100% kepercayaan kepada teman lelaki anda. Bak kata orang tua, 'Andai ada jodoh, tak ke mana. Takkan lari gunung dikejar'. Saya percaya bahawa..

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya..

Sahabat, engkau sememangnya insan yang baik dan solehah. Semoga engkau menemui teman hidup yang baik,  beriman dan setia sehidup semati bersama engkau.=)

._.

Tuesday, January 17, 2012

Hanya Kerana~

Sudah lebih sebulan memendam rasa tidak meluangkan masa untuk menulis di ruangan blog kesayangan saya ini. Dua bulan agaknya. Kini kembali lagi dengan semangat baru untuk meluangkan lebih banyak masa di sini, memandangkan saya sudah beli laptop baru. Hehe.. Laptop lama kesayangan saya tu dah rosak dua minggu yang lepas. Entah apa masalahnya, laptop tersebut tidak mahu menerima masuk pendrive dan kabel printer yang dicucuk padanya. Memang rasa pilu apabila saya memikirkannya kerana sudah terlalu lama laptop tersebut setia di sisi saya. Dah lima tahun, tiba-tiba saja membuat masalah. Datangnya tugasan tanpa henti, saya nekad untuk membeli laptop baru, jenama Lenovo. Untuk orang yang sedang menggunakan perkhidmatan Lenovo sekarang, bagus tak laptop ni? Saya harap saya tak menyesal membelinya dengan harga yang sangat berpatutan.^_^

._.

Blog Terbaik!!!^__^