Tinggal lebih kurang setengah jam lagi saya akan bertolak balik. Kami akan bercuti selama seminggu, dan seterusnya menjalani praktikum selama tiga bulan, dari 30 Januari 2012 sehinggalah ke 27 April 2012. Sebelum menjalani praktikum yang mencabar, lebih baik saya bercuti habis-habisan bersama keluarga dan tak lupa, kucing! Tahniah pada diri saya, kerana si Orak sudah selamat melahirkan anak pada minggu lepas. Saya belum tengok lagi anak-anaknya, memandangkan minggu lepas saya tak pulang ke kampung.
Jadi, hari ini saya akan pulang ke kampung. Sebelum pulang ke kampung, saya, mak dan adik perempuan pergi jalan-jalan dulu ke India Street. Membeli barang-barang yang dirasakan perlu sambil tak lain tak bukan, mencuci mata! Sebenarnya, ingin melepaskan gian untuk jalan-jalan. Hajat di hati mahu shopping sakan, tapi keadaan kewangan tak mengizinkan saya berbuat sedemikian. Cukuplah bawa mak jalan-jalan. Hehe.. Anggota keluarga lelaki pula (Bapa, abang dan adik bongsu) tak seberapa suka nak jalan-jalan. Bagus juga kalau tak bawa mereka.=D
Tahun Baru Cina, saya di rumah saja. Maklumlah orang Cina tutup kedai. Nak pergi ke rumah kawan-kawan kaum Cina? Siapa? Rachel? Dia tak sambut sangat, lagipun dia jauh nun di Betong. Hehe.. Siapa lagi kawan saya yang Cina? Kak Jennet (bekas rakan sebilik saya), Kak Baboo, Kak Lung-lung, Kak Siew, Kak Fang.. Rindu pula pada kenangan lalu. Mereka sangat baik dan melayani saya seperti adik mereka. Entah apa khabar mereka agaknya?
Sekarang ni saya nak bersiap. Tak sabar-sabar nak pulang kampung. Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina seluruh Malaysia.^_^
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^