Followers

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour 2012

"Hai kak.. Boleh tak tutup lampu bilik akak? Earth Hour sekarang ni."

Saya terkejut dan baru teringatkan MMS yang mak cik saya hantar pada saya semalam. Alamak, malunya. Adik junior yang ingatkan saya. Hehe.. Tadi tengah leka menonton Kdrama, "City Hunter". Kemudian pintu diketuk dan junior memberitahu supaya tutup lampu. Lalu saya pun tutuplah lampu.

Saya terfikir, bayangkan kalau satu dunia tutup lampu ataupun hentikan penggunaan elektrik dalam masa satu jam. Sudah tentu bumi dapat 'menarik nafas lega' dalam masa satu jam tu. Sekarang ni pun, dengan menyokong program Earth Hour ni, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan penggunaan elektrik walaupun bukanlah 100% sebab elektrik berguna juga. Tanpa elektrik, banyak perkara tidak dapat dilakukan. Bayangkanlah kalau tiada elektrik di hospital....? Ish..

Pendek kata, marilah kita sama-sama menjayakan program Earth Hour ni!=)


._.

Monday, March 26, 2012

Minggu Lepas dan Minggu Ini

Pada minggu lepas, saya kehairanan kenapa bilik air di paras kediaman kami sangat bersih. Rupa-rupanya adik-adik junior sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di kawasan tempat tinggal masing-masing selama seminggu. Jadi, sepanjang minggu lepas saya 'menikmati' bilik air yang bersih. Sinkinya bersih tanpa sebarang pinggan mangkuk yang belum dibasuh, tandasnya bersih tanpa sisa-sisa makanan dan bau yang tidak diingini langsung.
 
Tapi, mulai semalam, mimpi ngeri bermula lagi. Apabila minggu PBS sudah berakhir, maka kekotoran bermula lagi. Bermula semalam, kekotoran pertama yang saya terpaksa lalui ialah sisa nasi yang bertaburan atas lantai. Geli dan menjijikkan. Saya hairan, kenapa mesti membuang sisa nasi atas lantai? Tong sampah kan ada. Lubang tandas pun ada. Sebelum ni, saya pernah lihat 'mereka' membuang sisa nasi dalam lubang longkang. Tapi kebelakangan ini lubang longkang agak tersumbat, maka lantai pula jadi mangsa?
 
Esok, saya yakin pinggan mangkuk, bekas makanan dan periuk mula membanjiri sinki. Notis amaran sudah lama tertampal di cermin dinding, tetapi ianya seakan-akan hiasan bilik mandi sahaja. Malah, tiada langsung tindakan diambil. Sampai bila? Hal ini menyebabkan saya berfikiran yang tidak elok - mereka memang pengotor. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tolonglah!
 
._. 

Saturday, March 24, 2012

Saya Dan 'Bayi'

Selamat Pagi!(^.^)

Selepas beberapa hari 'berpuasa' meninggalkan blog dan internet, saya kembali semula dengan beberapa gambar yang saya simpan untuk dikongsi bersama. Minggu ini sememangnya sangat sibuk dengan kerja kursus serta kajian tindakan. Tapi lega sikit, sebab dah dihantar semalam. Mulai minggu depan, akan sibuk semula dengan RPH (minggu depan saya akan diselia pensyarah dan guru pembimbing). Selain RPH, saya yakin sangat yang kertas kerja kajian tindakan saya akan dikembalikan dan diminta untuk dimurnikan lagi.=D

Ok, saya nak kongsi gambar saudara-mara saya dengan seorang bayi yang sangat comel. Gambar-gambar di bawah ni ialah gambar semasa hari jadi sepupu saya. Tapi kami pula sibuk-sibuk nak bergambar dengan bayi, anak kepada tetamu yang datang! Hehe.. Mak saya komen tentang bayi ni, "Keseluruhan anggota mukanya bertumpu." Sebab matanya, hidungnya, mulutnya semuanya berdekatan. Comel sangat!>_<

Adik saya dengan bayi comel tu.^^

Wa Gek (Adik mak saya) dengan bayi comel tu.^^

Wa We (Adik mak saya juga) turut bergambar dengan bayi comel itu.^^

Nisau (Sepupu saya, anak kepada Wa We) tak ketinggalan walaupun takut mulanya.=D

Opsss!!! Bayi juga ke?? Hehe... Comel sangat kucing ni!

Bayi ni suka dengan saya! Hihihi...



*** Saya pegang kucing tu selepas puas mengendong bayi dan makan masakan Wa Nong. Sedap masakannya~~
 
._.

Sunday, March 18, 2012

RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!Baca!!

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.
9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885 atau hubungi saya di fb ini.

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)


Diambil daripada blog Akak Di Sebalik Pintu

._.

Blog Terbaik!!!^__^