Followers

Monday, March 26, 2012

Minggu Lepas dan Minggu Ini

Pada minggu lepas, saya kehairanan kenapa bilik air di paras kediaman kami sangat bersih. Rupa-rupanya adik-adik junior sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di kawasan tempat tinggal masing-masing selama seminggu. Jadi, sepanjang minggu lepas saya 'menikmati' bilik air yang bersih. Sinkinya bersih tanpa sebarang pinggan mangkuk yang belum dibasuh, tandasnya bersih tanpa sisa-sisa makanan dan bau yang tidak diingini langsung.
 
Tapi, mulai semalam, mimpi ngeri bermula lagi. Apabila minggu PBS sudah berakhir, maka kekotoran bermula lagi. Bermula semalam, kekotoran pertama yang saya terpaksa lalui ialah sisa nasi yang bertaburan atas lantai. Geli dan menjijikkan. Saya hairan, kenapa mesti membuang sisa nasi atas lantai? Tong sampah kan ada. Lubang tandas pun ada. Sebelum ni, saya pernah lihat 'mereka' membuang sisa nasi dalam lubang longkang. Tapi kebelakangan ini lubang longkang agak tersumbat, maka lantai pula jadi mangsa?
 
Esok, saya yakin pinggan mangkuk, bekas makanan dan periuk mula membanjiri sinki. Notis amaran sudah lama tertampal di cermin dinding, tetapi ianya seakan-akan hiasan bilik mandi sahaja. Malah, tiada langsung tindakan diambil. Sampai bila? Hal ini menyebabkan saya berfikiran yang tidak elok - mereka memang pengotor. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tolonglah!
 
._. 

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^