Petang-petang begini, ketegangan perasaan semakin terasa. Lebih-lebih lagi esok dah mula masuk hari Isnin atau lebih dikenali sebagai hari persekolahan. Esok bermula, maka bermulalah aktiviti memerah otak dan mengerah tenaga yang sememangnya meletihkan. Memerah otak untuk memikirkan aktiviti semasa pengajaran dan pengajaran, mengerah tenaga untuk berdiri sepanjang tempoh mengajar. Takkanlah nak mengajar sambil duduk kan? Hehe..
Selain itu, masih ada lagi bebanan tugasan seperti kerja kursus EDU3107 - Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang tak siap-siap. Saya dah mula buat sejak sebelum cuti lagi, sampai sekarang. Belum siap-siap. Bila lagi nak siap???
Satu lagi tugasan tertunggak - Kajian Tindakan. Saya masih dalam proses untuk mengumpul kajian lepas, yang berkaitan dengan kemahiran berfikir iaitu kemahiran membanding dan membeza. Cari-cari di internet, akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa masih belum ada orang Malaysia yang membuat kajian secara mendalam mengenai kemahiran membanding dan membeza. Ke, saya sendiri yang tak cari betul-betul dalam internet? Esok saya HARUS merajinkan diri untuk ke perpustakaan, moga-moga saya jumpa sekurang-kurangnya 1 buku mengenai kajian kemahiran tersebut.
RPH untuk esok! Esok saya masuk dua kelas, Tahun 4 - Bahasa Melayu dan Tahun 5 - Kajian Tempatan. Sebuah RPH memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 jam (sekurang-kurangnya!) untuk disiapkan termasuklah bahan bantu mengajarnya sekali. Kalau saya la~~
Semakin tegang perasaan, saya menyelongkar almari mencari makanan. Akhirnya terjumpa biskut Famous Amos yang mak beli minggu lepas (minggu lepas, kali pertama dalam hidup menikmati biskut coklat tersebut. Huhu..). Pandang pula susu Magnolia perisa vanila atas meja. Ngam. Akhirnya saya duduk makan dan minum sambil menonton drama Korea - Hot Blood. Kendur sikit ketegangan tersebut. Malam nanti rasa tegang lagi.
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^