Followers

Wednesday, March 14, 2012

Kajian Tindakan

Selamat pagi wahai dunia yang indah~~

Sudah tiga hari saya ulang-alik dari kampung ke IPG Kampus Tun Abdul Razak. Sebenarnya cuti sekolah selama seminggu ini, kami pun bercuti juga. Tapi disebabkan mak saya ke IPG untuk belajar (dia mengambil kursus PGSR dan habis tahun ini, sama dengan saya.^^), saya pun ikut jugalah. Bertolak seawal pukul 5.30 pagi, balik kampung pula kira-kira pukul 5 petang. Syukur jugalah ada teman dengan saya ulang-alik. Dapat tidur di rumah, bermain pada kucing pada sebelah malamnya.

Yang kurang seronoknya, kerja bertimbun! Dari hari Isnin lepas saya sibuk dengan penyiapan kertas cadangan untuk Kajian Tindakan. Tapi sampai sekarang belum siap-siap lagi. Biasalah, 5 minit buat kerja, 50 minit pula asyik menonton drama Korea.=D Tak elok dijadikan teladan. Hehe..

Sabar sajalah. Siapkan kertas cadangan saya tu, pergi berjumpa pensyarah pembimbing dan buat penambahbaikan. Masih ada seminggu lebih lagi sebelum menghantar kertas cadangan tu. Isu dah ada, malah ada beberapa isu yang ingin saya nyatakan. Cuma, saya ingin bertanyakan pendapat pensyarah pembimbing. Teknik penyelesaiannya pula, agak kabur dalam ingatan. Mungkin saya akan aplikasikan teknik yang saya sudah fikirkan sebelum ini selepas cuti. 

Doakan yang terbaik buat saya dan mak saya. Hujung tahun ini kami sama-sama habis belajar. Tahun depan saya dah mula masuk ke alam pekerjaan. Entah di mana pula saya akan ditempatkan? Saya tak kisah ditempatkan di mana-mana, asalkan cukup bekalan air (air sungai pun saya tak kisah!) di tempat tersebut. Cuma, saya takut dibuli. Huhu.. 

AR oh AR, nantikan kedatangan saya selepas ini! Tunggu saya habiskan minuman dulu. Hikhik..

Saja je tulis dan lekat di dinding untuk mengingatkan diri sendiri.=)
._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^