Semasa tengah belek-belek gambar, terjumpa gambar semasa saya menjadi wakil JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) bagi sesi 2010/2011.
Teringat lagi semasa mendengar nama diumumkan di kelas. Macam mana saya boleh terpilih? Masa tu, kami menulis nama calon yang kami inginkan pada kertas dan nama yang paling banyak ditulis akan menjadi wakil kelas. Setelah dikira-kira, nama saya dan rakan sekelas iaitu Paul paling banyaklah pula. Maka secara rasminya kami terpilih sebagai wakil kelas.
Perasaan saya pada masa itu, geram. Huhu.. Tapi fikir-fikir balik, buat apalah nak geram-geram kan? Kalau bukan saya terpilih pun, orang lain akan terpilih dan menjalankan tanggungjawab. Tambahan pula, ada rakan yang menyatakan saya dikenakan. Ada pula yang menyatakan saya memang layak. Tak kurang juga yang berkata, "Ada hikmah di sebalik semua itu."
Ya, sememangnya ada hikmahnya. Berkhidmat di bawah biro Kebajikan dan Sosial, saya belajar banyak perkara. Di bawah kepimpinan saudara Eddy Guyang sebagai YDP pada masa itu, saya sentiasa diberi peluang untuk berkhidmat dan memberi sumbangan dari segi tenaga. Sememangnya berbaloi saya terpilih. Saya belajar untuk membantu menguruskan pendaftaran guru pelatih baru, sentiasa keluar masuk pejabat HEP, bertemu dengan pengarah dan timbalan pengarah..
Selain itu, saya juga diberi kepercayaan untuk menguruskan hal-hal seperti menyediakan kad jemputan (sangat bermakna!^_^) serta menjadi AJK untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Walaupun selalu 'ponteng' waktu kuliah, tetapi saya berasa gembira kerana dapat berkhidmat. Penat, kadang-kadang tidur lambat disebabkan aktiviti persiapan untuk perhimpunan. Pernah juga membuat persembahan tarian semasa majlis konvokesyen KPLI kalau tak silap. Dan kami hanya mengambil masa 1 minggu untuk praktis tarian tersebut! Berselirat tangan dan kaki. Haha..
Menjadi jurugambar, ajk protokol, ajk hadiah dan cenderamata, ajk makanan dan minuman, ajk pendaftaran, ajk pengangkutan.. Apa lagi yang tertinggal? Saya dah cuba semuanya.. Dan yang paling bestnya, jasa kami sebagai wakil JPP kali ini dihargai! Terima kasih pensyarah penasihat kami, iaitu Encik Vasudevan a/l S. Ramasamy! Jasamu dikenang!^__^
Sebelum ini, (menurut sumberlah) tiada sijil diberi kepada ahli JPP. Untuk JPP 2010/2011, kamilah yang pertama menerima sijil. Jadi, saya sangat bersyukur dan gembira. Tak sia-sia terpilih. Sijil penting tau.. Terutamanya bagi kami yang belum bekerja. Kalau sudah bekerja nanti, penting untuk memohon sambung belajar. Kalau tak penting, untuk apalah sijil diberi?
Inilah gambar-gambar lama semasa saya masih budak-budak. 2010/2011 je.. Hehe...
Saya dengan roommate. Dialah tempat luahan perasaan saya. Dah namanya roommate.=p |
Yang ini semasa kami membuat persembahan di majlis konvokesyen KPLI, tapi lupa tahun bila. |
Aktiviti di bilik JPP. Peace! |
Saya dengan adik-adik junior. Kenangan manis dapat bekerja bersama mereka.=)) |
TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT.=)
._.
bila diat balik gambar² lamak...nyuruh kita senyum kedirik nak yunk ow. hehehe
ReplyDeleteaok...lain jak muka..hehe...=p
ReplyDelete