Followers

Friday, May 25, 2012

Pengalaman Mendewasakan Saya...

Masih teringat lagi dengan peristiwa semalam. Saya tak sangka, perkataan yang mengandungi 5 huruf akan membawa 'bencana'.

Mungkin Tuhan nak tunjukkan pada saya, betapa perkataan tu menyakitkan hati orang. Maka, petang tu hati saya tergerak untuk log in Facebook saya yang hampir-hampir terkubur itu.

Buka saja... WOW.... Perkara yang saya tak ingin lihat selama ini akhirnya saya nampak juga! Betul, disebabkan kesilapan saya, saya menjadi bahan. Saya dihukum, tapi hukuman yang.. Entahlah. Memang saya bersalah pun.. Huhu..

Saya terdiam, terpana membisu. Iyalah, kan saya seorang saja dalam bilik. Takkan nak bercakap seorang diri.=D

Akhirnya, saya mengambil pendekatan untuk mengalah. Saya minta maaf kepada mereka. Melalui laman web tu juga... Chewah... Betul tak tindakan saya agaknya? Saya memanfaatkan ICT bah~~ 

Sekali lagi saya ingin katakan, sebab itulah saya tak nak buka Facebook... Hati saya sakit apabila dapat tahu perkara macam tu berlaku. Saya rasa anda semua pun akan rasa sakit kan kalau dihukum sebegitu? Melainkan anda tiada perasaan.

Saya ingin bertanya soalan :

Mana satu yang anda tidak mahu? Orang marah depan-depan ke, orang marah anda belakang-belakang a.k.a mengumpat mencerca menghina mencaci?

Marah depan, salah. Marah belakang, salah. Pendam? Kudis jadinya. Akhirnya, orang itu yang menjadi telinga saya.. Hikhik..

Apapun, pengalaman mendewasakan saya. Kesimpulannya, mulut ni jangan terlalu cabul okey!

Nota kaki : Kali pertama menyebut perkataan tersebut kerana terlalu marah. Cis! Mulut yang suci ini tercemar juga. Macam mana nak bersihkan?? T___T

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^