Yay yay! Yay yay!
Setiap kali cuti sekolah, setiap kali itulah saya berasa gembira dan bahagia. Bukan apa, selalunya kami di IPG ni akan bercuti lebih seminggu berbanding mereka di sekolah. Contohnya, cuti sekolah kali ini selama 2 minggu manakala cuti kami di IPG pula 3 minggu! Hihi..
Tapi, tahun depan dah tiada lagi bonus macam tu. Tahun depan saya dah mula bekerja menjadi seorang guru - Guru yang rendah. Huahaha!! Takpa, pakai high heel, tinggilah jadinya.
Hari ini hari yang sibuk. Bermula dari pagi, kelas kami PISMP 1109 Pengajian Sosial menguruskan perhimpunan walaupun taklah sesibuk mana. Tugas saya cumalah menghadirkan diri ke raptai pada awal pagi, duduk-duduk, menonton apa yang patut, memberi hadiah Hari Guru kepada para pensyarah, menolong mengagihkan kek dan berebut kek yang mengandungi banyak aising. Haha!
Selepas tu, dari tengah hari hingga pukul 3 macam tu saya tidur petang. Macam biasa. Pukul 3.30 petang, hantar roommate ke airport Kuching. Roommate balik ke Sibu. Tadi dia dah mesej saya, dia dah sampai Sibu dengan selamatnya.=)
Selepas tu, dari tengah hari hingga pukul 3 macam tu saya tidur petang. Macam biasa. Pukul 3.30 petang, hantar roommate ke airport Kuching. Roommate balik ke Sibu. Tadi dia dah mesej saya, dia dah sampai Sibu dengan selamatnya.=)
Mulai esok, saya akan bertolak balik ke kampung. Bertemu dengan keluarga tercinta, dapat makan tidur makan tidur secara free dan keluar jalan-jalan bersama mummy! Sejujurnya, antara kawan-kawan dengan mak, saya lebih selesa keluar jalan-jalan dengan mak kerana citarasa kami sama. Sama-sama suka pergi ke tempat ini, tempat itu dan kalau tiada apa-apa yang nak dilihat lagi, kami akan terus balik rumah. Mummylah best friend saya!=p
Esok, nak pergi mana yea??
Gambar semasa di Dewan Sri Samarahan IPG KTAR. Blur pula.... |
Hari ini rasanya sambutan Hari Guru di beberapa buah sekolah termasuk sekolah mak saya. Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru seluruh Malaysia, guru-guru yang pernah mengajar saya, para pensyarah di IPG Kampus Tun Abdul Razak serta tak lupa juga kepada mak saya, Cikgu Happi Munga. Mak sayalah cikgu saya dulu dan juga mak saya yang sangat saya sayang. Hihi..
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^