Followers

Monday, June 18, 2012

Aktiviti Pada Sabtu Lepas

Salam sejahtera ~

Walaupun tengah pokai, saya tetap keluar jalan-jalan. Tak beli apa-apa, takpalah. Asalkan jalan-jalan. Ceritanya bermula begini : Bangun pagi tu, mak kesayangan merangkap kawan karib saya menonton televisyen sambil makan sarapan pagi.

Di TV3!=)

 Rancangan televisyen tersebut memaparkan rancangan resepi masakan. Tapi saya lupa pula apa tajuknya. Saya turut bangun dan mengambil sarapan dan menyertai mak saya. Dia kata, 

"Tengok betul-betul resepinya. Nanti kita cuba buat."

Lalu saya tengoklah dengan bersemangat. Tapi memandangkan chef tersebut asyik-asyik terganggu dek angin yang kuat (dia masak di tebingan), tumpuan saya dengan mak terganggu. Lepas tu, dia berkata,

"Lama dah tak pergi Waterfront. Entah bila lagi nak pergi."

Saya dengan penuh bersemangat terus berkata,

"Jomlah kita pergi. Ajak Aunty dengan sepupu sekali."

Kedua-dua bersetuju! Maklumlah sama kepala. Akhirnya saya menelefon aunty yang sehati sejiwa dengan kami. Dia turut bersetuju! Mandi, bersiap, dan memandu ke rumah aunty. Nampaknya mereka anak beranak dah bersiap. Hehe.. 

Jalan-jalan!

Makan di Saujana. Nasi campur mak saya : lauk peria + sotong (RM4)

Lauk saya : umai udang + peria (RM4)

Saja nak test kamera sebenarnya. Zoom in, rupanya ada manusia sedang memanjat!

India Street!=)

Baju motif etnik Sarawak.

Bala mak cik yang gila tupperware.


Sepupu yang comel

Gaun kuning tu cantik! Tapi kalau beli pun, pakai pergi mana?
Beg..=)

Mom, mom dah ada baju fesyen macam tu. Jangan beli lagi.=D

Belakang Nisau, mak dia. Yang berbaju merah tu.. Mencari-cari baju untuk dinner pada minggu hadapan. Haha..

Dia ni.... Sebenarnya... Hobinya suka berlagak jadi patung.... Kakakakaka....

Opss!!

Dengan alasan "nanti saya tak dapat tidur pada waktu malam kalau tak memilikinya..." saya minta duit dari mak untuk beli gaun ni. RM47.. Cantik tak? Macam gaun Eva Romina pula. Buy 1 free 1. =D

Balik ke rumah, basuh baju tu dan tunggu kering. Apabila dah kering, saya mencubanya. Wow.... Seksa mata memandang. Takpa, saya tunggu durian runtuh untuk beli kardigan. Nak minta duit dari mak lagi, seganlah. Yalah, walaupun masih belum bekerja, tapi tak boleh juga bermanja-manja sangat. Takut nanti terlalu biasa pula. Hehe... 

Sekian yaa..=)

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^