Sejak dari dua jam yang lepas, saya sibuk berkhayal, berimaginasi dan apa-apa sajalah yang sewaktu dengannya. Sebenarnya, saya sibuk membaca novel! (Ingat saya ni sibuk belajar ke? Huahahaha!)
Untuk pengetahuan anda, saya suka membaca novel. Semasa di sekolah menengah dulu, saya pernah menulis cerpen sendiri dan kawan-kawan pula membaca cerpen yang saya tulis itu. Tapi sayangnya bakat tersebut tidak dikembangkan dan terkubur begitu sahaja. Balik semula kepada novel, pada kali ini saya membaca novel yang bertajuk "Aku Bukan Mistress" hasil nukilan Acik Lana.
Novel ini ala-ala novel Ombak Rindu. Setakat ini, saya belum habis baca lagi. Tapi memang bagus jugalah. Menjana imaginasi. Hehe.. Kepada peminat novel, jangan ketinggalan untuk mendapatkan novel ini di pasaran sekarang. Takkan menyesal punya..^__^
Dua jam lebih membaca, akhirnya saya nak merehatkan mata ini. Sebelum tidur nanti sambung membaca lagi.=) |
._.
Tweet
Suka baca buku ni!;)
ReplyDeletealamak bab novel ne ada slow siket.. dulu memang kaki.. sekarang je dh kurang siket :)
ReplyDeletesama la..
ReplyDeletesekarang ni dah kurang membaca sebab dah ada internet.=D