Followers

Thursday, June 28, 2012

Budak-budak Sekarang...

Selamat petang..

Balik dari sekolah tengah hari tadi, saya dengan pasangan praktikum singgah di pasar Desa Ilmu untuk membeli barang. Semasa dalam perjalanan untuk ke Desa Ilmu tu, kami akan melalui kawasan perumahan. 

Dari jauh, kelihatan tiga orang budak yang berpakaian baju sekolah. Di mulut mereka kelihatan seperti menghisap lolipop. Apabila dah semakin dekat, betapa terkejutnya saya dengan pasangan praktikum! ROKOK! Dengan muka selamba, mereka menghisap dan menghembus asap rokok sambil berjalan. 

Kalaulah saya pegang kamera masa tu, memang saya akan snap gambar mereka! Dalam hati saya, saya rasa marah, kecewa, sedih, terkejut melihat perbuatan mereka itu.

Kalau dilihat dari segi usia mereka, mereka mungkin murid tahun 3 atau tahun 4. Betul! Dah 3 semester menjalani latihan mengajar, takkanlah saya tak dapat agak mereka tu tahun berapa kan? Huhu..

Bayangkan... Murid-murid SEKOLAH RENDAH pun dah pandai merokok sekarang. Salah siapa?

._.

2 comments:

  1. wah advance btu..
    sekolah ren dah hsap rokok..
    tp jd ckgu mmg ssah..
    dlu pernah jd ckgu tuition kejap lpas grad..
    wlpun 1 kelas plng rmi 12 org..
    tp tak larat..
    ada yg dah nak drjah 6 nk upsr tp tak hfal sifir lg..
    xtau mndarab dan bhagi..
    cuma tau tmbh tolak shja..

    ReplyDelete
  2. Itulah...
    makin teruk kan..
    kita dulu, wajib hafal sifir darab.
    kalau tak, confirm cikgu rotan.
    budak sekarang....
    cikgu rotan, masuk surat khabar..=D

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^