Selamat pagi~~
Semoga minggu ini memberi banyak kenangan manis kepada kita semua..=)
Bangun pagi tadi, terus muncul dalam fikiran saya - Saya dah masuk semester lapan, merangkap semester akhir sebagai guru pelatih! Semester yang menjanjikan kesibukan yang tak terkira.. Internship, MQA, subjek pula ada 4.
Keputusan peperiksaan sudah keluar dan saya bersyukur kerana pointer saya boleh dikatakan mencapai jumlah yang saya inginkan iaitu lebih daripada 3.50. Bagi mereka yang tidak mencapai jumlah yang diinginkan, usaha lebih lagi ya.. Mungkin juga nasib tak seberapa baik masa tu. (mempunyai maksud tersirat)=D
Elaun pula? Entahlah. Sebelum ini dijanjikan elaun praktikum akan diberi pada masa cuti, tapi sekarang dah habis cuti dah. Dengar-dengarnya, tiada peruntukan. Betul ke? Kalau macam tu, saya nak bersiap-sedia dengan mi segera! Waa... T_T
Sudah seminggu lebih tak hujan kan? Katak oh katak, cepatlah panggil hujan.. Bumi sudah gersang...
Beginilah suasananya di IPG kami. Tengok tu, langit membiru tanpa awan.... |
Menunggu kuliah pukul 8.30. Sambil tu, online dan bersarapan pagi. Rasa nak 'melabur' tapi tandas penuh pula.... **Sila abaikan misai saya yang seksi tu.=D |
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^