Saya bertolak dari kampung ke IPG pada pukul 6 petang macam tu. Hati agak sedih juga sebab meninggalkan mak keseorangan, kucing-kucing yang comel dan tilam yang selesa.
Kali ini saya memandu ikut jalan yang agak jauh, tidak seperti kebiasaan kerana jalan singkat tersebut berlubang sana-sini. Melalui Redeem Centre, melihat budak-budak, remaja dan orang tua kot yang bersedia untuk memulakan operasi lumba haram.
Rasa hati nak buat laporan pada polis, tapi biar jelah. Lagipun tengah memandu. Semasa memandu, tak boleh membuat atau menerima panggilan telefon okey! Tak jauh dari Redeem Centre, saya kekalkan kelajuan pada 60km/j. Maklumlah jalan kampung, lepas tu banyak mat rempit di jalanan.
Tiba-tiba, berlari beberapa ekor anjing melintas jalan! Saya menekan brek secara kecemasan, tapi malangnya dah ada kena sikit. Nasib baiklah saya bawa kereta tak laju sangat. Kedengaran bunyi anjing mengaduh kesakitan. Pandang melalui cermin belakang, anjing tersebut masih hidup. Berlari-lari ke tepi jalan.
Apabila dah bawa kereta tak jauh dari tempat kejadian, saya memberhentikan kereta. Manalah tau, nombor plat terjatuh ka.. Nampaknya kereta yang dah berkilat dibasuh dah kotor terkena tanah.. Anjing tersebut mandi lumpur agaknya.. Tapi saya memang kasihankan anjing tersebut.. Harap ianya okeylah kan...
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^